Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Dalam perkembangan pesat dalam bidang teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan percambahan pusat data, kemajuan tersebut tidak boleh mengabaikan pembentukan nilai kemanusiaan.
Transcript
00:00Di sebalik peningkatan ketara, jumlah pelajar antarabangsa di Malaysia, aspek kualiti insan perlu menjadi keutamaan dalam pembangunan pendidikan tinggi negara.
00:08Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata, meskipun Malaysia kini menjadi tumpuan dengan lebih 160,000 pelajar asing, kejayaan itu
00:16tidak harus diukur semata-mata dari segi angka, sebaliknya kepada kemampuan melahirkan insan berilmu dan berakhlak.
00:25Tegasnya dalam perkembangan pesat bidang teknologi baharu seperti kecerdasan buatan dan percambahan pusat data, kemajuan tersebut tidak boleh mengabaikan pembentukan
00:34nilai kemanusiaan.
00:36Mengikut pendekatan kita, sementara kita menggapai yang di langit, maknanya reaching the skies, teknologi baru, artificial intelligence, itu seolah-olah
00:53yang di langit, menggapai yang di langit. Kita tidak boleh meninggalkan landasan dan landasan itu adalah budaya kita, syahsiyah atau
01:06keperibadian kita, nilai, etika atau akhlak kita.
01:12Kerana ini meletakkan kita ini unik dan istimewa.
01:19Tambahnya, tanggungjawab kini bukan sekadar menarik pelajar luar, tetapi memastikan standar pendidikan di universiti tempatan benar-benar berkualiti dan bukan
01:31sekadar kilang sijil.
01:32Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Temu Anwar dan peluncuran pembinaan bangunan baru Universiti UCSI pada Selasa.
Comments

Recommended