00:00Tanggapan bahawa bidang seni dan kebudayaan sebagai hanya hiburan semata-mata
00:04sewajarnya dihapuskan serta merta di negara ini.
00:08Menurut Timbalan Dekan Ijazah Tinggi Penelidikan dan Inovasi
00:11Fakulti Seni Kreatif Universiti Malaya UM, Dr. Muhammad Faidu Zamani,
00:16tanggapan sedemikian merupakan antara cabaran terbesar yang dihadapi oleh penggiat seni
00:20serta para pendidik akademik yang mahu menjadikan bidang ini kepada sifat lebih ilmiah.
00:27Jelasnya, usaha memperkukuh kedudukan seni sebagai bidang akademik sering berdepan kekangan
00:33khususnya apabila masih wujud tanggapan dalam kalangan masyarakat yang dilihat kurang menyokong agenda
00:39meningkatkan mutu kesenian negara.
00:43Mulanya tentu ada tentangan tetapi bila dah rapat hasilnya, contohnya bila ada penerbitan,
00:50bila ada dokumentari tentang seni-seni tertentu, jadi baru nampak, oh yang ini sebenarnya ada nilai,
00:56ada nilai budaya, ada nilai, mungkin juga nilai komersial.
01:00Jadi dari situ saya rasa secara perlahan-lahan masyarakat akan menerima bahawa seni ini bukan sekadar hiburan
01:07tetapi dia juga adalah satu bidang akademik yang boleh diceburi.
01:12Beliau berkata demikian semasa menjadi tetamu dalam program Awani Pagi pada Isnin
01:17yang membincangkan peluang dan penawaran beberapa program melibatkan fakulti seni kreatif oleh UM.
01:24Sementara itu, Dr. Mohd Fairus turut memaklumkan bahawa jika dibandingkan dua dekad lalu,
01:30penyertaan pelajar dalam bidang seni kreatif kini menunjukkan peningkatan yang ketara.
01:34Menurutnya, walaupun masih terdapat persepsi negatif terhadap pengajian dalam bidang seni,
01:41data semasa jelas memperlihatkan kesediaan dan minat pelajar untuk menceburi bidang berkenaan.
01:47Dalam pada itu, beliau memaklumkan UM kini menawarkan pelbagai program di peringkat sarjana
01:53termasuk sarjana seni persembahan dan drama, seni visual serta sarjana tari.
01:59Ia seiring dengan pengiktirafan seni dan kreatif sebagai antara medium penting
02:04dalam memelihara warisan seni dan budaya negara yang lama berakar di Malaysia.
Comments