Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Hamparan gurun yang memisahkan perjalanan antara Madinah dan Mekah, sebuah hentian di Wadi Satrah menjadi saksi ribuan detik penat, doa dan harapan jemaah haji Malaysia.

Di sinilah jemaah berhenti seketika menghela nafas, memperbaharui tekad, sebelum meneruskan perjalanan panjang menuju tanah suci.

Ikuti laporan Essan Yahya dan Hilal Azmi dari Mekah Al Mukaramah.
Transcript
00:00Hamparan gurun yang memisahkan perjalanan antara Madinah dan Mekah, sebuah hentian di Wadi Satrah, menjadi saksi ribuan detik penat, doa
00:09dan harapan Jemaah Haji Malaysia.
00:12Di sinilah Jemaah berhenti seketika menghala nafas, memperbaharui tekad sebelum meneruskan perjalanan panjang menuju Tanah Suci.
00:20Ikuti laporan Ehsan Yahya dan Hilal Azmi dari Mekah Al-Mukarramah.
00:26Peradaan hentian Rehat Al-Hijrah Wadi Satrah jauh melangkaui fungsinya sebagai tempat persinggahan.
00:33Lokasi ini berfungsi sebagai pusat pemantauan pergerakan bas dan titik respons awal kecemasan sepanjang operasi Haji Malaysia.
00:41Ketua rombongan Haji Malaysia, Muhammad Hisham Harun berkata, hentian Rehat Al-Hijrah Wadi Satrah merupakan antara persinggahan paling penting bagi
00:50Jemaah Haji negara ini dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah.
00:54Menurut beliau, kedudukan kawasan itu yang terletak di tengah laluan sejauh kira-kira 440 km menjadikannya lokasi kritikal sebagai pusat
01:03sokongan jika berlaku sebarang kecemasan.
01:07Jadi pusat panggilan kecemasan Leborai ini adalah satu fungsi yang amat penting kerana mereka dah orang yang pertama akan memberi
01:15bantuan sekiranya apa-apa berlaku di antara Mekah dan Madinah dalam perjalanan Jemaah Haji.
01:20Jadi tempat ini telah dipilih kerana ia berada di tengah-tengah di antara kota Madinah dan kota Mekah.
01:26Sementara itu, pengurus pusat panggilan kecemasan Leborai yang Muhammad Aziz Syahri Ahmad berkata tugas pasukannya tidak terbatas kepada kelancaran persinggahan
01:35bas,
01:35malah merangkumi pemantauan keselamatan Jemaah secara berterusan.
01:39Okey, lagi satu fungsi kita kat sini, kita menyambut Jemaah Haji di antara rehat ini dan kita mengenalikan proses keberangkatan
01:52Jemaah Haji naik semula pergi ke Pekah.
01:55Itu fungsi kami dan kami juga menjadi salah satu pasukan yang terawal akan pergi ke destinasi ataupun lokasi sekiranya berlaku
02:06apa-apa kecemasan di dalam laluan Jemaah Haji antara Mekah dengan Madinah.
02:12Selain itu, katanya pasukan PPKL turut bertanggungjawab memastikan kemudahan asas dihentian rehat seperti tandas, surau dan kawasan makan berada dalam
02:22keadaan baik dan selamat digunakan.
Comments

Recommended