00:00Filipina perkukuh penimbal bekalan bahan apinya dengan penerimaan kira-kira 178.33 juta liter diesel.
00:09Menurut Jabatan Tenaga pada Isnin, tindakan itu dilakukan ketika pihak berkuasa mengambil langkah memastikan bekalan domestik kekal terjamin.
00:19Ia susulan ketidaktentuan berterusan dalam pasaran minyak global dan ketegangan di Asia Barat.
00:24Menurut DOE, penghantaran yang selesai itu mengukuhkan kedudukan bekalan negara pada ketika pasaran antarabangsa masih terdedah kepada gangguan.
00:34Setiusaha tenaga Sharon Garin tegaskan ketibaan bahan api tepat pada masanya adalah penting bukan sahaja untuk mengekalkan tahap stok,
00:43tetapi juga bagi memastikan operasi sektor utama seperti pengangkutan, logistik, penjanaan tenaga, pertanian dan industri tidak terganggu.
00:51Garin berkata keutamaan kerajaan adalah memastikan Filipina sentiasa bersedia,
00:56mempunyai bekalan mencukupi serta mampu bertindak pantas terhadap sebarang perkembangan yang boleh menjejaskan ketersediaan bahan api dan kestabilan pasaran.
01:05Terima kasih telah menonton!
Comments