00:00Kementerian Perpaduan Negara pada Isnin memberikan pengiktirafan khas sahabat Perpaduan Madani kepada Muhammad Yusof Muhammad Nur atau lebih dikenali sebagai
00:10Abang Minyak Hitam Jalanan dan Diki atas nilai kemanusiaan, keikhlasan serta semangat Perpaduan.
00:18Pengiktirafan itu disampaikan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Ari Yunus Warren sebagai tanda penghargaan terhadap insan biasa yang melakukan perkara luar
00:28biasa demi masyarakat.
00:31Kisah Muhammad Yusof yang tular baru-baru ini menyentuh hati rakyat Malaysia apabila beliau membantu saudara Diki yang berdepan kesulitan
00:39selepas motosikalnya rosak tanpa mengharapkan sebarang balasan.
00:43Yunus Warren berkata kisah Muhammad Yusof dan Diki membuktikan Perpaduan tidak terhad kepada slogan, ucapan atau dasar semata-mata.
00:52Sebaliknya dapat diterjemahkan melalui sikap saling membantu tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau status sosial.
01:00Pejabat Timbalan Menteri Perpaduan Negara juga berharap kisah itu menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyemai budaya saling
01:08membantu, menghormati dan menjaga keharmonian masyarakat majmuk.
01:13Terima kasih.
Comments