Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kes melibatkan kecurian teknologi cip komputer yang sensitif serta pertuduhan di bawah Akta Keselamatan Negara.
Transcript
00:00Sebuah mahkamah di Taiwan telah menjatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun terhadap 5 defendant dan mendenda unit tempatan Tokyo Electron
00:10sebanyak 5 juta dolar Amerika kerana mencuri rahsia dagang milik gegasi semikonduktor TSMC.
00:17Kes itu dianggap sebagai antara kes berprofil tinggi di Taiwan memandangkan ia melibatkan kecurian teknologi cip komputer yang sensitif serta
00:27pertuduhan di bawah Akta Keselamatan Negara.
00:31Pada Ogos 2025, Chen Liming, bekas kakitangan TSMC dan Tokyo Electron bersama beberapa defendant lain didakwa atas pertuduhan memperoleh rahsia
00:40dagang secara tidak sah.
00:43Tindakan itu didakwa bertujuan membantu Tokyo Electron memperolehi lebih banyak pesanan peralatan daripada TSMC.
00:50Susulan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Chen, manakala 3 lagi bekas pekerja TSMC yang juga pengeluar
00:56cip AI termaju kontrak terbesar di dunia
00:59masing-masing menerima hukuman penjara antara 2 hingga 6 tahun.
01:03Dalam pada itu, seorang bekas pekerja Tokyo Electron turut dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh mahkamah di New Taipei.
01:10Namun, pelaksanaan hukuman tersebut digantung selama 3 tahun.
01:15Terima kasih telah menonton!
01:17Terima kasih telah menonton!
01:17Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended