00:00Kerajaan Negeri Selangor menyeru tindakan tegas oleh Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC berhubung satu hantaran di media sosial
00:09yang didakwa menghina Sultan Selangor Sultan Syarafuddin Idris Shah.
00:14Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Syari berkata pendirian itu telah disampaikan kepada Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dalam satu pertemuan
00:23yang diadakan pada petang Isnin.
00:27Tegas Amiruddin, kerajaan negeri mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab itu yang disifatkan mencemarkan serta mengaibkan institusi diraja Selangor.
00:37Sebelum ini, tural satu imej suntingan digital di media sosial yang memaparkan seekor haiwan mengenakan pakaian istiadat serta darjah kebesaran
00:46negeri dipercayai bertujuan menghina institusi diraja.
00:50Siasatan awal mendapati pemilik akaun berkenaan telah memuat naik hantaran tersebut sebelum memadam akaun Facebook miliknya.
00:58Tambah Amiruddin, institusi diraja, khususnya raja-raja Melayu, merupakan ketua agama Islam serta simbol pepaduan rakyat dan keharmonian masyarakat berbilang
01:09kaum di negara ini.
01:10Semua pihak diingatkan agar lebih bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menggugat keharmonian masyarakat dan
01:19institusi diraja.
01:20Dalam perkembangan sama, MCMC pada Isnin sudah merakam percakapan seorang individu yang merupakan pentakbil akaun Facebook berkenaan.
01:29Kes di siasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Comments