00:00Presiden Indonesia Prabowo Subianto merombak Kabinet beliau dengan melantik Menteri serta Pegawai Kanan Baru sebagai langkah memperkukuh portfolio utama kerajaan.
00:10Pengerusi Konfederasi Kesatuan Sekerja Seluruh Indonesia, Muhammad Jumhur Hidayat, dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar, merangkap Ketua Agensi Kawalan Alam Sekitar,
00:21menggantikan Hanif Faisal Nurofik.
00:26Hanif Faisal Nurofik pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Makanan dan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin.
00:34Dalam pelantikan lain, bekas Panglima Angkatan Darat, Dudung Abdul Rahman dinamakan sebagai Ketua Staf Kepresidenan, menggantikan Muhammad Kodari, yang dilantik
00:44sebagai Ketua Badan Komunikasi Pemerintah, BAKOM.
00:46Sementara itu, Abdul Kadeh Karding, yang merupakan bekas Menteri Perlindungan Pekerja Migren Indonesia 2024-2025, dilantik sebagai Ketua Badan Kuarintin
00:56Indonesia.
00:57Bekas Ketua Pejabat Komunikasi Kepresidenan, Hassan Nasbi pula dilantik sebagai Penasihat Khas Presiden bagi Komunikasi.
01:05Prabowo mempengurusikan upecara mengangkat sumpah bagi pegawai yang baru dilantik itu pada Isnin.
Comments