Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Tegas Barisan Nasional Negeri Sembilan, kepentingan rakyat mengatasi segela kepentingan kepartian, malah perbezaan ideologi boleh diketepikan untuk mencapai matlamat itu.
Transcript
00:00UMNO dan Barisan Nasional Negeri Sembilan mendakwa kini mempunyai majoriti mudah membentuk kerajaan negeri susulan sokongan lima ahli Dewan Undangan
00:09Negeri Adun daripada Perikatan Nasional.
00:12Tegas BN Negeri Sembilan, parti itu sedia bekerjasama dan mengetepikan perbezaan ideologi demi menjamin kelangsungan pertabiran kerajaan yang stabil.
00:24Menerusi satu kenyataan pada petang Isnin, BN Negeri Sembilan berkata penyatuan suara majoriti adun dipercayai mampu memberikan naratif baharu yang
00:32lebih kukuh untuk memacu pembangunan dan mempertahankan adat negeri.
00:37Maka dengan itu melalui kenyataan sokongan daripada lima adun PN, parti UMNO BN telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan
00:45negeri.
00:46Tambah kenyataan itu, kepentingan rakyat negeri sembilan mengatasi segala kepentingan kepartian.
00:51Sebagai rekod, lima kerusi dipegang PN di negeri sembilan terdiri daripada pecahan tiga pas dan dua bersatu.
00:58Sebelum ini, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan yang diumumkan kumpulan adun terbabit merupakan keputusan di peringkat
01:06negeri.
01:07Justru ia akan dirujuk kepada kepimpinan tertinggi parti untuk penelitian lanjut.
01:13Pada pagi Isnin, BN Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun
01:19sekaligus menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.
Comments

Recommended