Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Tindakan itu dilakukan sejurus pemeriksaan dijalankan ke atas rumah suspek yang melepaskan tembakan ketika majlis makan malam persatuan wartawan White House di Washington pada Sabtu (25 April).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Biru Penyiasatan Persekutuan FBI menjalankan pemeriksaan ke atas beberapa buah rumah di Torrance, California yang berada berhampiran rumah suspek yang
00:10melepaskan tembakan ketika majlis makan malam Persatuan Wartawan White House di Washington pada Sabtu.
00:19Prosedur itu dijalankan dengan pegawai FBI berjalan dari rumah ke rumah sebelum menyapa beberapa penduduk dan memasuki rumah mereka untuk
00:27menjalankan siasatan.
00:28Tindakan itu dilakukan sejurus pemeriksaan dijalankan ke atas rumah suspek di kawasan yang sama.
00:34Terdahulu, suspek dipercayai melepaskan tembakan menggunakan senapang patah ke arah seorang ejen perkhidmatan rahsia di Pusat Pemeriksaan Keselamatan Hotel Washington
00:43Hilton sebelum berjaya diberkas dan ditahan.
00:45Pihak pendakwaan memaklumkan suspek dijangka dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan pada Isnin atas beberapa tuduhan termasuk menyerang pegawai persekutuan, melepaskan tembakan
00:55serta cubaan membunuh pegawai persekutuan.
00:58Pihak berkuasa juga memaklumkan setakat ini tiada pengesahan mengenai sebarang kaitan Iran dengan serangan tersebut.
01:04Dalam benda itu, seorang pegawai penguatkuasa undang-undang dilaporkan telah mengenalpasti suspek sebagai Cole Thomas Allen, seorang penduduk California berusia
01:1331 tahun.
01:15Maklumat lanjut mengenai latar belakang suspek masih terhad, namun hantaran di media sosial menunjukkan dia merupakan seorang guru yang menetap
01:21di Torrance berhampiran Los Angeles.
01:24Pada Sabtu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump diiring keluar dari Dewan pada majlis White House Correspondence Dinner selepas beberapa bunyi
01:31kuat dipercayai tembakan,
01:33kedengaran berhampiran lokasi acara itu.
01:37Pasukan Keselamatan Perkhidmatan Rahsia bertindak pantas dengan mengiring Presiden Trump,
01:42isterinya Melania Trump serta beberapa pemimpin kanan lain keluar dari Dewan Utama sebagai langkah berjaga-jaga.
01:49Suspek kemudian dibawa ke sebuah hospital tempatan untuk pemeriksaan lanjut, namun motif serangan masih belum dapat dipastikan setakat ini.
Comments

Recommended