Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Sultan Oman Haitham bin Tariq Al Said bertemu Menteri Luar Iran Abbas Araghchi di Muscat bagi membincangkan konflik serantau, usaha mediasi dan kepentingan dialog diplomatik dalam mencapai keamanan berterusan di Asia Barat.
Transcript
00:00Bertemu kembali, Sultan Haitham bin Tariq Al-Said telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Iran, Syed Abbas Araqci di Muskat
00:07Oman pada ahad
00:08bagi membincangkan situasi serantau serta usaha mediasi untuk menamatkan konflik di Asia Barat.
00:14Menurut Kementerian Luar Oman, pertemuan itu turut menyentuh pendekatan diplomasi dan dialog sebagai keutamaan dalam menangani pelbagai isu yang menjejaskan
00:23kestabilan rantau berkenaan.
00:26Sultan Haitham menegaskan dialog dan diplomasi perlu diberikan keutamaan bagi memperkukuh asas keamanan serta mengurangkan ketegangan yang berterusan.
00:35Baginda turut berkongsi pandangan Oman mengenai usaha memperkukuh promosi mediasi, meningkatkan peluang mencapai penyelesaian politik yang mampan serta meminimumkan kesan
00:45konflik terhadap masyarakat di rantau itu.
00:47Dalam pertemuan sama, Abbas Araqqi memaklumkan pendirian Iran berhubung perkembangan semasa serantau selain menghargai peranan Oman dalam mempromosikan dialog serta
00:57memperkukuh keselamatan dan kestabilan serantau.
01:00Menurut Kementerian Luar Iran, Araqqi tiba di Muskat pada Sabtu bagi mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan Oman berkaitan hubung dua
01:08hala seperti perkembangan geopolitik semasa.
01:10Lawatan ke Oman merupakan hentian kedua dalam siri lawatan serantau Menteri Luar Iran selepas lawatan ke Pakistan dan di jadual
01:18berakhir di Rusia.
Comments

Recommended