Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Bapa dan abang kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram di Johor dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan berkaitan ideologi keganasan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bapa dan abang kepada penyerang balai polis Ulu Tiram di Johor dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada
00:09Isnin selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan berkaitan ideologi keganasan.
00:15Hakim Nurul Huda Nuraini Muhammad Nur menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun terhadap Radin Imran Radin Muhammad Yassin 64 tahun bagi
00:25setiap tiga pertuduhan iaitu menanam fahaman ideologi keganasan, memberi sokongan kepada perbuatan pengganas dan memiliki senjata api untuk aktiviti berkaitan
00:36keganasan manakala tiga tahun penjara atas kesalahan memiliki buku berkaitan kumpulan pengganas.
00:44Anak lelakinya pula Radin Romyullah 36 tahun dijatuhi hukuman penjara 30 tahun bagi satu pertuduhan memberi sokongan dan penjara tiga
00:53tahun kerana memiliki bahan berkaitan sebuah kumpulan pengganas.
00:57Bagaimanapun Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak dari tarikh kedua-dua tertuduh ditangkap pada 17 Mei 2024. Ini bermakna
01:06dua beranak itu akan menjalani hukuman penjara selama 30 tahun.
01:11Dalam serangan di Balai Polis Ulutiram pada 17 Mei 2024, Konstabel Ahmad Azar Fahmi Azhar 22 tahun dan Muhammad Syafiq
01:20Ahmad Syed 24 tahun terkorban,
01:22manakala Koperal Muhammad Hasif Ruslan 38 tahun cedera ditembak selepas diserang Radin Luqman 21 tahun yang akhirnya ditembak mati dalam
01:32insiden tersebut.
Comments

Recommended