Skip to playerSkip to main content
  • 13 hours ago
Menteri Pertahanan Mali, Sadio Camara, terbunuh selepas serangan bom bunuh diri menyasarkan kediamannya di Kati. Serangan terselaras oleh kumpulan militan di beberapa bandar menandakan peningkatan ancaman terhadap kerajaan pimpinan tentera negara itu.
Transcript
00:00Menteri Pertahanan Mali terbunuh dalam serangan bom bunuh diri yang menyasarkan kediamannya berhampiran ibu negara Bamako.
00:08Jurucakap Kerajaan Isa Osmani Kolibali berkata, sebuah kenderaan syarat bahan letupan dipandu penyerang bunuh diri merempuh rumah kamera mencetuskan pertempuran
00:18senjata di lokasi kejadian.
00:21Kamara dilaporkan cedera parah dan kemudian meninggal dunia di hospital.
00:25Sebuah dengan itu, Kerajaan Mali mengistiharkan dua hari berkabung negara selepas kematian tokoh kanan kerajaan itu.
00:33Serangan berkenaan merupakan sebahagian daripada gelombang serangan terselaras yang dilancarkan sehari sebelumnya oleh kumpulan pelampau.
00:41Gabungan Jamaat Nusrat Al-Islam Wal-Muslimin, JNIM, Sekutu Al-Qaeda di Rantau Sahel bersama kumpulan pemberontak berteraskan etnik Tuarek
00:49mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di lebih setengah dozen lokasi di seluruh negara.
00:54Pihak berkuasa belum mengeluarkan angka korban keseluruhan bagi seri serangan tersebut.
00:59Antara lokasi terkesan termasuk kawasan sekitar Bamako seperti Kati dan kawasan lapangan terbang selain bandar di utara seperti Mopti, Sevareh
01:09dan Gao.
01:10Serangan ini antara lain menunjulkan ancaman berterusan terhadap kerajaan pimpinan tentera Presiden Asimi Goita yang berdepan kesukaran membendung kekanasan meskipun
01:19operasi ketenteraan dipertingkatkan.
01:21Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB mengutuk serangan tersebut dan menggesa tindakan antarabangsa bagi menangani kemerosotan keselamatan yang semakin membimbangkan di
01:32Rantau Sahel.
01:32Pertubuhan Bangsa Bersatu
Comments

Recommended