Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Gempa bumi bermagnitud 6.2 melanda wilayah Hokkaido, Jepun pada awal pagi Isnin, mencetuskan gegaran kuat namun tanpa amaran tsunami. Tiada kecederaan atau kerosakan kritikal dilaporkan, termasuk di loji tenaga nuklear Tomari, ketika Jepun berada dalam tempoh nasihat berjaga-jaga susulan gempa besar sebelum ini.
Transcript
00:00Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.2 magnitud melanda wilayah Hokkaido di Jepun pada Isnin, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.
00:09Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gegaran yang berlaku pada jam 5.24 pagi itu direkodkan pada tahap atas 5 daripada skala
00:18intensiti seismik Jepun,
00:20maksimum 7 di wilayah Tokachi di pulau utama utara negara itu.
00:25Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman kira-kira 83 km.
00:30Jabatan Kaji Cuaca Jepun menjelaskan tahap intensiti atas 5 digambarkan sebagai kuat di mana dengan kekuatan itu individu lazimnya dalam
00:39keadaan sukar berjalan tanpa berpaut kepada objek sekeliling.
00:44Menurut Stesen Janakuasa Elektrik Hokkaido, tiada sebarang kelainan dikesan di loji tenaga nuklear Tomari susulan gempa berkenaan.
00:52Sementara itu, kejadian itu berlaku ketika Agensi Meteorologi Jepun sedang mengeluarkan nasihat berjaga-jaga selama seminggu
01:00susulan peningkatan risiko gempa kuat selepas satu gempa bermagnitude 7.7 melanda wilayah Aumori di Timur Laut Jepun tepat seminggu
01:10lalu.
01:10Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended