Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Dua bekas Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett dan Yair Lapid, mengumumkan kerjasama politik baharu dengan menggabungkan parti masing-masing bagi menyingkirkan Benjamin Netanyahu. Langkah itu dibuat ketika Netanyahu berdepan kritikan hebat susulan perang di Gaza, konflik serantau serta kemerosotan sokongan awam menjelang pilihan raya akan datang.
Transcript
00:00Bekas Perdana Menteri Israel bergabung tenaga dengan pembangkang dalam langkah politik baru bagi menyingkirkan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
00:09Memetik laporan agensi antarabangsa, ahli politik sayap kanan Naftali Bennett dan pemimpin berhaluan tengah Yair Lapid mengumumkan keputusan untuk menggabungkan
00:19parti masing-masing bagi membentuk sebuah parti baru yang dinamakan sebagai Together.
00:26Ujar Lapid, kerjasama tersebut adalah demi masa depan generasi akan datang dan menegaskan keperluan mendesak untuk Israel mengubah hala tuju
00:35kepimpinannya.
00:36Netanyahu yang merupakan Perdana Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Israel kembali berkuasa selepas kemenangan dalam pilihan raya November 2022
00:44dan seterusnya membentuk kerajaan paling berhaluan kanan pernah ditubuhkan.
00:48Ketika ini, Netanyahu berdepan kritikan berterusan ekoran pelibatan Israel dalam perang di Gaza yang mengakibatkan puluhan ribu rakyat Palestine terkorban.
00:57Kritikan turut diberikan ke atas dirinya selepas serangan terhadap Hezbollah yang mencetuskan pencerobohan di selatan Lubunan dan konflik dengan Iran
01:05yang memberi kesan serius terhadap ekorami negara.
01:08Selain itu, hasil tinjaman pendapat terkini juga menunjukkan sokongan terhadap Netanyahu semakin merosot dengan kedudukannya dilihat semakin goyah sejak akhir
01:17-akhir ini.
01:18Beliau diramai berdepan kekalahan dalam pilihan raya yang akan datang yang dijangka diadakan sebelum akhir Oktober ini.
Comments

Recommended