Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Empat remaja lelaki ditahan manakala 46 motosikal disita dalam Ops Motosikal membanteras samseng jalanan di Manjung. Operasi selama lima jam itu turut menyaksikan 234 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
Transcript
00:00Seterusnya, 4 remaja lelaki ditahan manakala 46 motosikal disita dalam ops motosikal membantra samseng jalanan yang dijalankan di kilometer 75
00:10Jalan Jelapang Ipoh, Kampung Kayan, Batu 6 Lekir berhampiran laluan masuk ke Plaza Tol Setiawan di Lebur Raya Persisiran Pantai
00:19Barat pada Ahad.
00:20Ketua Polis Daerah Manjung, SCP Hasbullah Abdul Rahman berkata, operasi itu dijalankan oleh bagian siasatan dan penguatkuasaan trafik Ibu Jabat
00:29Polis Daerah Manjung bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontingen Perak serta bantuan pihak West Coast Expressway.
00:38Menurut beliau, operasi bermula dari jam 1 hingga 6 pagi itu melibatkan pemeriksaan terhadap 138 motosikal dan 8 kereta.
00:46Sebanyak 234 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas telah dikeluarkan dan 4 lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun ditahan
00:54di bawah Seksyen 42 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu atau berbahaya.
01:02Selain itu, 46 motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 Kurungan 1 Akta Sama.
01:08Tambahnya operasi itu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta membanderas aktiviti samsing jalanan di daerah Manjung.
01:16Beliau melegaskan tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi mengekang kegiatan tersebut daripada berleluasa.
01:23Orang ramai turut digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan kesalahan lalu lintas atau aktiviti samsing jalanan kepada bilik gerakan IPD Manjung menerusi
01:31talian
01:34056886222.
Comments

Recommended