Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
Ahmad Zahid berkata sesuatu dasar yang baik akan gagal jika penyampaiannya lambat kerana pelabur tidak hanya melihat kepada insentif, sebaliknya menilai kelajuan sesuatu keputusan dibuat serta keupayaan sistem negara untuk menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkesan.
Transcript
00:00Malaysia perlu segera bergerak sebagai ekosistem nasional perniagaan yang bersepadu bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dipacu secara menyuruh dan berkesan,
00:09kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi.
00:12Belah berkata kerajaan dan pihak industri tidak boleh bekerja secara berasingan, sebaliknya saling melengkapi terutama dalam berdepan ketidaktentuan dunia dan
00:20krisis bekalan global ketika ini.
00:22Ahmad Zaid berkata hubungan antara kerajaan dan komuniti perniagaan seperti gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China, Malaysia, ECCCIM adalah perkongsian
00:31strategik yang menentukan arah masa depan ekonomi negara.
00:37Beliau bersyukur asas ekonomi negara kekal kukuh dengan perdagangan yang terus berkembang.
00:42Namun, beliau amat memahami tekanan yang dihadapi industri hari ini, khususnya peningkatan kos operasi dan cabaran rantaian bekalan.
00:50Kerajaan katanya akan terus memperkukuh peranan sebagai pemudah cara melalui penyelarasan dasar, pengurangan birokrasi dan sistem penyapaian yang lebih pantas
00:58agar setiap usaha benar-benar memberi kesan di lapangan.
01:02Apa yang penting, ujah beliau, semua pihak mesti bergerak sebagai satu ekosistem.
01:06Menerusi kerjasama erat antara kerajaan dan komuniti perniagaan, beliau yakin Malaysia mampu mendepani cabaran ini dan terus memperkukuh ekonomi negara.
01:15Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis minum petang apresiasi kerajaan bersama komuniti perniagaan di Ibu Negara pada Ahad yang turut
01:23dihadiri Presiden ECCCIM Dato' Eng Yipin.
01:27Beliau berkata sesuatu dasar yang baik akan gagal jika penyampaiannya lambat kerana pelabur tidak hanya melihat kepada insentif, sebaliknya menilai
01:35kelajuan sesuatu keputusan dibuat serta keupayaan sistem negara untuk menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkesan.
01:42Di sebalik pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, Ahmad Zahid berkata kerajaan tidak menutup mata terhadap tekanan sebenar yang sedang dihadapi oleh
01:51industri susulan ketidaktentuan harga tenaga termasuk minyak yang memberi kesan langsung kepada kos operasi perniagaan.
Comments

Recommended