Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
FBI menjalankan pemeriksaan ke atas kediaman seorang suspek di Torrance, California, susulan insiden tembakan berhampiran Majlis Makan Malam Persatuan Wartawan White House di Washington. Suspek didakwa melepaskan tembakan ke arah ejen Perkhidmatan Rahsia dan kini berdepan beberapa pertuduhan serius di mahkamah persekutuan, sementara motif serangan masih dalam siasatan.
Transcript
00:00Biro Penyiasatan Persekutuan FBI menjalankan satu pemeriksaan ke atas kediaman seorang suspek di Torrance, California yang melepaskan tembakan ketika majlis
00:10makan malam persatuan wartawan White House di Washington pada Sabtu.
00:15Menurut FBI dalam kenyataannya, suspek dipercayai telah melepaskan tembakan menggunakan senapan patah ke arah seorang ejen perkhidmatan rahsia di Pusat
00:24Pemeriksaan Keselamatan Hotel Washington Hilton sebelum berjaya diberkas dan ditahan.
00:32Selain itu, pihak pendawaan memaklumkan suspek dijangka dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan pada Isnin atas beberapa pertuduhan termasuk menyerang pegawai Persekutuan
00:42melepaskan tembakan serta cubaan membunuh pegawai Persekutuan.
00:47Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa setakat ini tiada pengesahan mengenai sebarang kaitan Iran dengan serangan tersebut.
00:55Dalam pada itu, seorang pegawai penguatkuasa undang-undang dilaporkan telah mengenal pasti suspek sebagai Cole Thomas Allen, seorang penduduk California
01:04berusia sekitar 31 tahun.
01:07Maklumat lanjut mengenai latar belakang suspek masih terhad namun hantaran di media sosial menunjukkan beliau merupakan seorang guru yang menetap
01:15di Torrance berhampiran Los Angeles.
01:19Pada Sabtu malam, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump diiring keluar dari Dewan pada Majlis White House Korresponden Dina selepas beberapa
01:28bunyi kuat dipercayai tembakan kedengaran berhampiran lokasi acara itu.
01:34Pasukan Keselamatan Perkhidmatan Rahsia bertindak pantas dengan mengiringi Presiden Trump, isteri beliau Melania Trump serta beberapa pemimpin kanan lain keluar
01:45dari Dewan Utama sebagai langkah berjaga-jaga.
01:49Menurut Ketua Polis Interim Washington, Jeffrey Carroll, suspek didapati memiliki senapan patah, sepucuk pistol serta beberapa bilah pisau.
01:59Susulan itu suspek kemudian dibawa ke sebuah hospital tempatan untuk pemeriksaan lanjut namun motif serangan masih belum dapat dipastikan setakat
02:08ini.
Comments

Recommended