Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Beberapa pengunjung taman riadah Elmina Park, Shah Alam, berdepan kerugian selepas kenderaan mereka menjadi sasaran jenayah pecah cermin. Polis mengesahkan menerima laporan dan siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, dengan usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan.
Transcript
00:00Beberapa pengunjung Taman Riyadiyah Elmina Park di Sya'alam berdepan kerugian apabila kenderaan mereka menjadi sasaran jenayah pecah cermin oleh
00:09individu tidak bertanggungjawab baru-baru ini.
00:12Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Sya'alam, Asisten Komisioner Ramzi Embol, yang turut memaklumkan bahawa pihak polis telah menerima
00:20satu laporan rasmi daripada mangsa yang berusia awal 40-an.
00:26Difahamkan kejadian itu mula tular selepas seorang mangsa seorang wanita tempatan memuat naik hantaran di akaun media sosial trats bagi
00:35memberi peringatan kepada orang ramai supaya lebih berwaspada ketika meletakkan kenderaan di kawasan berkenaan.
00:41Selain itu, Ramzi memaklumkan mangsa meletakkan kenderaannya di tepi jalan persiaran metafasa Seksyen U16 sekitar jam 6 petang untuk melakukan
00:52aktiviti bersenam di kawasan tersebut.
00:55Sekitar kira-kira 40 minit kemudian, pada jam 6.40 petang, mangsa mendapati cermin hadapan di bahagian penumpang telah dipecahkan.
01:04Mangsa memaklumkan suspek dipercayai melarikan sebuah beg bakaian yang disorokkan di bawah tempat duduk.
01:11Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati tiada barangan berharga lain dilaporkan hilang.
01:16Sesudahan itu, hantaran mangsa di media sosial turut mendedahkan sekurang-kurangnya dua lagi pengunjung di lokasi sama mengalami kejadian serupa
01:26pada hari yang sama.
01:27Sehubungan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanon Keseksaan kerana melakukan perbuatan kianat yang menyebabkan
01:38kerugian.
01:38Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
01:47Dalam pada itu, menurut Ramzi, polis kini giat menjalankan usaha mengesan suspek dan mengenalpasti motif sebenar kejadian sama ada melibatkan
01:57cubaan mencuri atau sekadar perbuatan kianat.
02:00Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, rakaman kamera lita tertutup atau rakaman kamera papan pemuka di sekitar laluan persiaran metafasa
02:09pada waktu kejadian diminta tampil membantu siasatan.
02:14Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Sarjan Mohd Minazuddin Mohd Nur di talian 013-223-6697 atau hadir ke
02:25mana-mana balai polis berhampiran.
02:27Polis juga menasihati orang ramai yang berkunjung ke Elmina Park supaya tidak meninggalkan sebarang beg atau barangan di dalam kenderaan
02:35walaupun disorok bagi mengelakkan kenderaan menjadi sasaran penjenayah.
Comments

Recommended