00:00Ratusan warga Israel menggerakkan protes anti-kerajaan di Tel Aviv pada Sabtu malam.
00:06Protes itu berlaku selepas usaha gencetan senjata dan rundingan damai antara Iran dan AS dilihat semakin goyah.
00:14Para penunjuk perasaan menyuruhkan bantahan terhadap dasar ketenteraan Israel,
00:18khususnya perlibatan dalam konflik dengan Iran yang disifatkan hanya memburukkan keadaan serantau tanpa membawa kepada penyelesaian jangka panjang.
00:26Seorang penunjuk perasaan berkata ramai warga Israel menentang perang tersebut kerana ia gagal menghasilkan sebarang kemajuan ke arah perdamaian.
00:52Protes itu berlangsung ketika Presiden AS, Donald Trump, membatalkan lawatan dua utusan khasnya ke Pakistan,
00:58yang sebelum ini bertindak sebagai pengantara konflik Iran-Amerika Syarikat.
01:03Pembatalan itu dilihat sebagai satu lagi tamparan kepada prospek damai selepas Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi,
01:08berlepas dari Islamabad tanpa sebarang kejayaan ketara.
01:11Dalam perkembangan berkaitan, Israel pada Sabtu terus memberi amaran bahawa pihaknya akan menyerang sasaran Hezbollah
01:17dengan kekuatan penuh sekaligus menguji lagi kencetan senjata rapuh dengan Lubnan.
01:21Pemerhati melihat bantahan di Tel Aviv ini sebagai cerminan perpecahan pendapat awam di Israel
01:27ketika konflik serantau berlanjutan tanpa kepastian mengenai hala tujuh diplomasi.
Comments