00:00Majikan diseru supaya lebih anjal dan pragmatik dalam mengurus operasi syarikat, susulan cabaran ekonomi semasa akibat konflik di rantau Asia
00:08Barat.
00:09Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tekanan kos perlu ditangani dengan pendekatan lebih fleksibel bagi memastikan kelangsungan operasi perniagaan
00:18tanpa menjejaskan kebajikan pekerja serta produktiviti syarikat.
00:23Perdana Menteri dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Fadillah Yusof juga menyeru majikan sektor
00:32swasta untuk mempertimbangkan amalan bekerja dari rumah.
00:36Dalam menghadapi risiko tekanan kos, majikan juga wajar lebih anjal dan pragmatik dalam mengurus operasi.
00:44Hatta, saya menyeru para majikan agar mempertimbang aturan kerja fleksibel seperti yang telah dilaksanakan dalam sektor awam termasuk melalui amalan
00:56bekerja dari rumah.
00:58Demi mengurangkan penggunaan bahan api, meredakan tekanan kos serta mengekalkan produktiviti dan moral tenaga kerja.
01:09Teks berkenaan dibacakan ketika majlis sambutan Hari Hasil ke-30 disaiberjaya pada Jumaat.
01:17Tambahnya, dunia sedang berdepan ketidaktentuan ekonomi yang memberi kesan langsung kepada kos logistik, harga barangan dan rantaian bekalat.
01:26Sektor swasta tidak boleh kekal selesa dengan keedah lama dalam dunia yang telah berubah.
01:33It is no longer business as usual.
01:36Sebaliknya, inilah maksudnya untuk mempercepatkan peningkatan produktiviti, meningkatkan pelaburan dalam inovasi serta otomasi dan mencambah nilai tambah serta kemampanan.
01:51Jelasnya, kerajaan berusaha mempukukuh tata kelola setiap ringgit dibelanjakan dengan berhema, ruang keterisan ditutup dan usaha memperluas asas hasil dipergiat.
Comments