00:00Dewan Bahasa dan Pustaka DBP akan terus menggalas tanggungjawab sebagai arkitek dalam membina jati diri bangsa melalui penggunaan bahasa kebangsaan
00:09itu meskipun berdepan pelbagai cabaran dalam era digital ketika ini.
00:14Menurut ahli lembaga pengelola DBP Prof. Dr. Ramalingam Raja Manikam, cabaran terbesar DBP adalah memastikan kesinambungan pewaris bahasa tersebut.
00:27Beliau menegaskan, selagi DBP kekal sebagai institusi yang memartabatkan bahasa Melayu, cabaran itu diyakini mampu ditangani dengan menyeluruh.
00:37Institusi ini sebenarnya memperkukuh kedudukan bahasa kita. Itu ialah kekuatan kita. 10 tahun, 20 tahun, selagi dunia ini masih ada,
00:45selagi DBP masih ada, selagi kita semua masih ada, bagi saya bahasa Melayu tetap akan ada.
00:50Sementara itu, Ketua Pengarah DBP Dr. Hazami Jahari pula berpandangan, cabaran utama dalam membudayakan penggunaan bahasa bagi sistem pendidikan adalah
01:01kurangnya inisiatif dalam menerapkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan itu sendiri.
01:07Sehubungan itu, beliau menyeru agar golongan pendidik sentiasa wujudkan rasa cinta akan bahasa dalam setiap modul pembelajaran.
01:16Bukannya dalam sistem pendidikan kita, kita bukan sekat-sekat mengajar, boleh berbahasa, tetapi kita terapkan juga elemen mencintai bahasa itu.
01:24Dengan cara ini, bukan sekat mereka boleh bertutur, tapi mereka boleh mencintai dan mempertahankan bahasa kebangsaan itu.
01:31Itu yang saya suruh kepada pendidik kita, termasuk juga rakan-rakan penjuang bahasa yang kita gerakkan bukan aktiviti, tapi menanamkan
01:39rasa cinta yang abadi di dalam perasaan untuk mendaulatkan bahasa Melayu dan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
01:46kebangsaan bagi negara Malaysia yang tercinta ini.
01:49Pandangan tersebut disuarakan dalam rancangan Awani Pagi pada Jumaat, membincangkan mengenai masa depan bahasa Melayu dalam era digital ketika ini.
Comments