Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Dewan Bahasa dan Pustaka menyeru semua pihak berkepentingan agar mengutamakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam setiap sesi libat urus dan majlis kerajaan. Tanggungjawab memartabatkan bahasa kebangsaan disifatkan sebagai tanggungjawab bersama seluruh rakyat, selaras dengan dasar dan pekeliling yang telah ditetapkan.
Transcript
00:00Dewan Bahasa dan Pustaka DBP menyeru semua pihak berkempentingan agar mengutamakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam setiap sesi
00:10libat urus berbanding menggunakan bahasa asing seperti bahasa Inggeris.
00:14Tegas Ketua Pengarah DBP Dr. Hazami Jahari, tanggungjawab memelihara serta memartabatkan bahasa Melayu bukan terletak kepada DBP semata-mata.
00:23Sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama seluruh rakyat negara ini.
00:30Tambahnya, DBP tidak menghalang penggunaan mana-mana bahasa oleh individu namun penekanan wajar diberikan kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
00:39rasmi selaras dengan pekeliling penggunaan bahasa yang telah diwartakan.
00:44Tapi dalam urusan rasmi, dalam majlis asmi kerajaan, pemaparan-pemaparan di tempat awam ataupun dalam mesyuarat ataupun dalam penyediaan dokumen,
00:53wajib bagi seorang penjawat awam khususnya Jabatan Agensi Kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan.
00:58Dan kita lihat, sesuatu yang sungguh pelik dan pada saya sangat luar biasa ialah, di negara kita saya bagi contoh
01:05yang mudah.
01:05Saya perlu bercakap perkara ini kerana dah 70 tahun DBP lahir.
01:08Satu majlis-majlis rasmi kerajaan dihadiri oleh anggota Jabatan Kerajaan yang faham dan menggunakan bahasa kebangsaan.
01:16Dan tak ada seorang pun orang luar di antara bangsa kan.
01:20Tapi mereka tetap menggunakan bahasa bercampur termasuk penggunaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris.
01:25Apa maknanya ini kan?
01:27Apa maknanya?
01:28Bahawa dalam situasi rasmi, kita kena patuh kepada penggunaan bahasa kebangsaan yang baik betul, sebagainya,
01:34yang ditetapkan dalam pekeliling dan jelas sekali saya sebutkan,
01:37program yang disebut tentang aspek bahasa rasmi kita ialah bahasa kebangsaan bahasa Melayu.
01:43Maknanya semua urusan rasmi mesti menggunakan bahasa kebangsaan.
01:45Dalam pada itu, beliau turut menasihati golongan pempengaruh serta penggiat media
01:51agar sentiasa menggunakan bahasa yang betul supaya para pengikut mereka di semua platform
01:56dapat mencentuhi penggunaan perkataan serta bahasa yang lebih tepat dan sesuai.
02:02Beliau berkata demikian dalam rancangan Awani Pagi pada Jumaat
02:05bagi membincangkan mengenai penggunaan bahasa Melayu dalam era digital.
Comments

Recommended