Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Pengiktirafan diberikan melalui liputan Iftar @KL di AWANI 7:45. JKKN menegaskan kerjasama media memperluas capaian seni budaya, melibatkan ratusan siaran, artikel dan sidang media sepanjang 2025.
Transcript
00:00Seterusnya, Esro Awani antara penerima anugerah media elektronik TV kategori berita dan liputan pada Majlis Apresiasi Media 2025 Jabatan Kebudayaan
00:11dan Kesenian Negara JKKN di Saloma, Kuala Lumpur malam tadi.
00:15Anugerah diterima menerusi liputan berita iftar at KL yang disiarkan di Awani 745.
00:23Antara lain, majlis berkenaan dilaksanakan bagi mengiktiraf peranan pengamal media dalam membantu JKKN mengangkat matabat seni dan budaya negara agar
00:33terus subur dan dihargai.
00:35Sementara itu, liputan berkaitan JKKN turun melibatkan 28 saluran radio, 59 siaran televisyen, 213 artikel akhbar serta 15 sidang media
00:48sekaligus menunjukkan sokongan berterusan masyarakat terhadap seni dan budaya tempatan.
00:53Dalam ucapannya, Ketua Pengarah JKKN, Muhammad Amran Muhammad Haris berkata hubungan erat antara JKKN dan media menjadi pemangkin utama dalam
01:04memastikan seni dan budaya negara terus mendapat tempat di hati masyarakat.
01:08Katanya sepanjang 2025, JKKN berjaya menembusi setiap lapisan masyarakat dan ini bukan usaha sebelah pihak, sebaliknya hasil sinergi kukuh antara
01:20JKKN dan media yang sentiasa komited menyampaikan maklumat kepada rakyat.
01:26Media katanya bukan sekadar penyampai berita, tetapi rakan strategik yang menjadi nadi dalam memastikan mesej kerajaan sampai dengan tepat, jelas
01:35dan berkesan.
01:39Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended