Skip to playerSkip to main content
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang telah menahan reman seorang lagi suspek kerana disyaki bersubahat mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan pembekalan peralatan pembedahan berjumlah kira-kira RM54,000.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777062/berita/semasa/kes-dokumen-palsu-seorang-lagi-ditahan-reman-sprm

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #reman #SPRM

Category

🗞
News
Transcript
00:00SPRM Pahang telah menahan Riman, seorang lagi suspek kerana disyaki bersubahat mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan pembekanan
00:10peralatan pembedahan berjumlah kira-kira RM54,000.
00:14Perintah Riman selama dua hari sehingga Sabtu terhadap suspek telah dikeluarkan Magistret Siti Aisyah Ahmad selepas permohonan dibuat SPRM di
00:23Mahkamah Magistret Raup pada Jumaat.
00:24Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an itu telah ditahan kira-kira jam 10 malam semalam ketika hadir memberi keterangan
00:32di Pejabat SPRM Cawangan Raup, Pahang.
00:36Siasatan awal mendapati suspek yang juga seorang penjawat awam di sebuah hospital di salah satu daerah negeri ini disyaki bersubahat
00:43dengan seorang suspek lelaki iaitu pengurus jualan sebuah syarikat pembekal barangan kesihatan yang sebelum ini telah ditahan pada Selasa.
00:50Suspek ditahan berkaitan kes yang sama iaitu mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan pembekalan peralatan pembedahan kepada
01:00Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Kuala Lipis.
01:03Sementara itu pengarah SPRM Pahang Mos Syukur Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan persebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen
01:1118 Akta SPRM 2009.
Comments

Recommended