Skip to playerSkip to main content
  • 19 minutes ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan sebarang perjanjian dengan Iran hanya akan dimeterai jika memberi manfaat kepada Washington, ketika ketegangan di Strait of Hormuz semakin meningkat susulan kegagalan rundingan damai.
Transcript
00:00Sementara itu Presiden Donald Trump berkata sebarang perjanjian dengan Iran hanya akan dimeterai apabila ia dianggap sesuai dan baik untuk
00:08kepentingan Amerika Syarikat.
00:10Kenyataan ini dibuat menerusi hantaran di platform media sosial miliknya pada Khamis.
00:18Dalam hantaran sama, beliau menegaskan dirinya tidak berada di bawah tekanan untuk mencapai persetujuan segera dengan Tehran.
00:24Menurut Trump, beliau mempunyai masa untuk menilai situasi namun Iran berdepan tekanan masa yang semakin mendesak.
00:32Kenyataan itu hadir ketika Iran dilihat memperkukuh penguasaannya di selat humus laluan perdagangan tenaga paling penting dunia.
00:38Rakaman yang disiarkan pada Khamis menunjukkan komando Iran menyerbu sebuah kapal kargo besar sesulan kegagalan rundingan damai yang sebelum ini
00:46diharapkan Washington dapat membuka semula laluan perkapalan berkenaan.
00:50Ketegangan di selat humus terus menjadi perhatian global memandangkan laluan itu merupakan saluran utama perdagangan minyak dan gas dunia.
Comments

Recommended