Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah pendaftaran Kad Orang Kurang Upaya (OKU) bagi autisme meningkat hampir empat kali ganda kepada sekitar 89,000 orang pada tahun 2026, berbanding kira-kira 23,000 pada 2021. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata peningkatan itu mencerminkan tahap kesedaran masyarakat yang semakin tinggi, dengan ibu bapa lebih peka terhadap perkembangan anak-anak serta pengesanan awal yang lebih berkesan. Beliau turut menegaskan autisme bukan penyakit, sebaliknya merupakan spektrum perkembangan neurologi, dan menekankan kepentingan sokongan berterusan, pendekatan sepanjang hayat, penghapusan stigma serta peluasan akses pendidikan dan peluang pekerjaan yang inklusif.
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan KKM memaklumkan jumlah pendaftaran bagi kad orang kurang upaya OKU Autism telah meningkat kepada hampir 89,000 orang
00:10pada tahun 2026 berbanding hanya sekitar 23,000 pada 2021.
00:16Menterinya, Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan bahawa peningkatan hampir 4 kali ganda itu mencerminkan
00:24tahap kesedaran masyarakat yang semakin tinggi
00:26dengan ibu bapa kini lebih peka terhadap perkembangan anak-anak termasuk pengesanan awal yang lebih berkesan.
00:35Ujar beliau adalah penting untuk masyarakat memahami bahawa Autism bukanlah satu penyakit sebaliknya merupakan satu spektrum perkembangan neurologi.
00:44Jelas Zulkifli kesedaran sedia ada ketika ini mampu membantu menghapuskan stigma terhadap golongan Autism yang hakikatnya memiliki bakat neurodiversiti yang
00:54unik serta berkeupayaan untuk cemelang dalam pelbagai bidang.
00:58Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa KKM lalui Kertas Putih Kesihatan mengamalkan pendekatan sepanjang hayat dengan memastikan kesinambungan sokongan merangkumi
01:07intervensi awal.
01:08Dalam hantaran sama, Zulkifli turut menyatakan usaha sama antara KKM bersama Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat akan terus memperkasa
01:16pusat pemulihan dalam komuniti
01:18bagi memastikan tiada golongan terpinggir daripada menerima bantuan dan sokongan yang diperlukan.
01:24Jelasnya, usaha turut digerakkan bagi memperluas akses pendidikan tinggi serta menggalakkan para majikan,
01:29mewujudkan persekitaran kerja yang adil dan inklusif bagi golongan Autism.
01:34Beliau sebelum itu hadir sambutan Hari Kesedaran Autism di Putrajaya.
01:39Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended