Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Malaysia dan Vietnam menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam sektor pertanian dan agromakanan, yang dijangka memberi lonjakan signifikan kepada agenda keterjaminan makanan kedua-dua negara
Transcript
00:00Malaysia terus mencipta pencapaian penting dalam industri aeroangkasa apabila UMW Aerospace berjaya menyerahkan bagian belakang selongsong kipas atau rear fan
00:11case pertama yang dihasilkan sepenuhnya di negara ini kepada Rolls-Royce PLC.
00:16Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan keupayaan teknologi tempatan dalam memenuhi piawaian global, malah mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai aeroangkasa
00:27serta memperluaskan peranan UMW Aerospace dalam penghasilan komponen engine critical.
00:34Exko Pelaburan, Pedagangan dan Mobiliti Selangor, Eng Zihan berkata kejayaan ini merupakan hasil kerjasama jangka panjang antara UMW Aerospace dan
00:45Kerajaan Negeri Selangor dalam membangunkan ekosistem aeroangkasa tempatan.
00:50Selepas 10 tahun, kita dah nampak satu hasil jangka panjang yang terhasil daripada inovasi tempatan dan juga usaha-usaha daripada
01:02pihak kerajaan Negeri Selangor bersama Maida, Invest Langor untuk memudah carakan pelaburan ini.
01:09Menurutnya pencapaian ini membuka peluang kepada lebih banyak syarikat tempatan untuk menyertai rantaian bekalan aeroangkasa.
01:16Baru-baru ini, UMW Aerospace telah membawa 5 syarikat tempatan yang bertambah di Zangor untuk participasi di Selangor Aviation Show
01:28Expo last year.
01:30Jadi ini adalah satu inisiatif yang baik di mana syarikat tempatan dapat membekalkan perkhidmatan atau peratatan mereka kepada tier one
01:38company at UMW Aerospace
01:40supaya kita dapat memasukkan syarikat-syarikat tempatan ini ke dalam ekosistem aeroangkasa.
01:47Beliau berkata demikian di majlis penyerahan rear fan case yang disempunyakan dengan kehadiran Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni
01:55Sultan Syarafuddin Idris Shah Al-Hajj di UMW Aerospace pada Khamis.
02:02Diperolehi pada 2022, program ini merupakan kontrak kedua UMW Aerospace bersama Rolls Royce
02:09sekaligus menjadikan kedua-dua komponen bahagian depan dan belakang selongsong kipas kini dihasilkan sepenuhnya di Malaysia.
02:17UMW Aerospace turut memperkasa keupayaan melalui pelaburan dalam teknologi chemical milling atau pengisaran kimia
02:24menjadikannya satu-satunya syarikat di Malaysia yang memiliki kepakaran tersebut selain membangunkan tenaga kerja 100% tempatan
02:32melalui kerjasama dengan institusi pendidikan.
Comments

Recommended