00:09Kerajaan Arab Saudi memperketat pelaksanaan peraturan haji bagi musim haji 1447 Hijriah atau 2026 Masihi sebagai langkah memastikan keselamatan, kebajikan
00:21dan keselesaan jemaah khususnya di kawasan Tanah Haram di Mekah.
00:24Konsul General Malaysia di Jeddah, Tengku Muhammad Zaraif Raja Abdul Qadir berkata, Kerajaan Malaysia sentiasa memantau setiap peraturan baharu dan
00:33penambahbaikan yang diperkenalkan pihak berkuasa Arab Saudi memandangkan perubahan tersebut berlaku hampir setiap tahun menjelang musim haji.
00:44Tengku Muhammad Zaraif berkata, Jemaah Haji Malaysia secara umumnya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan sekaligus membantu mengelakkan kesesakan luar jangka
00:54akibat kehadiran jemaah yang memasuki Tanah Haram secara tidak sah.
00:58Beliau menegaskan bahawa jika kawasan tumpuan dibanjiri jemaah tanpa kawalan, jumlah jemaah boleh mencecah atau melebihi 2 juta orang sekaligus
01:08menyukarkan pengurusan Kerajaan Arab Saudi dan menjejaskan ibadah jemaah dari seluruh dunia.
01:14Seperti biasa kita tahu, Saban Tahun akan ada peraturan baru dan juga mungkin peraturan yang lama tetapi diperketatkan pelaksanaan dan
01:23buatkuasaannya.
01:24Pertamanya contohnya penggunaan aplikasi Nusuk sebagai kelurusan untuk jemaah untuk memasuki Tanah Haram iaitu Mekah dan juga sehinggalah untuk masuk
01:38ke dalam Masjid Al-Haram.
01:40Semua tempat-tempat checkpoint ini, Kerajaan Saudi memang amat ketat perkuasaannya. Mereka akan skan, bakut dan sebagainya.
01:48Ini sebenarnya adalah salah satu usaha untuk memastikan kebajikan dan keselamatan dan keselesaan jemaah-jemaah sendiri.
01:57Mengulas lanjut, Tengku Muhammad Zarif menjelaskan bahawa kebanyakan peraturan tersebut bukanlah baharu, sebaliknya telah diperkenalkan sejak musim haji lalu.
02:07Namun perlaksanaannya kini dilakukan dengan lebih tegas.
Comments