Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Tentera Perancis beri penghormatan kepada Sarjan Major Florion Montorio yang terkorban akibat serangan di Lubnan ketika gencatan senjata sedang dilaksanakan.
Transcript
00:00Angkatan Tentera Perancis mengembumikan seorang anggota pasukan interim pertubuhan bangsa-bangsa bersatu di Lubnan, Unifil, di Montuban, Perancis pada Khamis.
00:11Sarjan Major Florian Montorio terkorban semasa bertugas di selatan Lubnan ketika gencatan senjata sedang berkuat kuasa antara Hezbollah dan Israel
00:21pada 18 April lalu.
00:31Montorio diberi penghormatan selepas kematian termasuk Chevalier de la Lijandona, penghormatan paling berprestij di Perancis.
00:39Pasukan payung terjun regimen ke-17 yang turut dianggutai Montorio memberikan penghormatan kepadanya di pangkalan di barat daya Perancis.
00:48Turut hadir Menteri Pertahanan Perancis Catherine Vautrin.
00:51Presiden Perancis Emmanuel Macron mendakwa Hezbollah dalam serangan tersebut.
00:56Dawaan itu timbul berdasarkan siasatan Unifil, menyatakan serangan dimulakan oleh pihak bukan kerajaan selain daripada tentera Lubnan dan Israel.
01:06Namun Hezbollah menafikan sebarang penglibatan.
01:10Untuk rekod, tiga anggota Unifil cedera semasa serangan tersebut dan salah seorang daripada mereka, iaitu Anissa Gerardin, turut terkorban.
01:19Sejak 1978, hampir 700 anggota tentera Perancis telah berkhidmat di bawah payung Unifil di Lubnan dengan 144 anggota terkorban.
01:31Genjatan senjata sementara antara Israel dan Hezbollah telah termuterai selama 10 hari bermula pada 16 April lalu.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended