Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Sekurang-kurangnya 27 wartawan terbunuh sejak 2 Mac akibat serangan Israel di Lubnan, menurut kesatuan editor tempatan. Insiden terbaharu mengorbankan seorang wartawan di Tayri, mencetus gesaan siasatan antarabangsa serta perlindungan segera terhadap petugas media.
Transcript
00:00Seterusnya, sekurang-kurangnya 27 wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Lubnan sejak 2 Mac, manakala ramai lagi cedera.
00:09Lebanese Press Syndicate Editors dalam satu kenyataan mengecam tindakan Israel yang menyasarkan sekumpulan wartawan di Bandar Selatan Tehri pada Rabu
00:18yang mengorbankan wartawan Amal Khalil dan mencederakan rakan sekerjanya Zainab Faraj.
00:26Kesatuan itu memaklumkan yang Khalil sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh daripada tentera Israel.
00:33Kesatuan itu turut menggesa persegetuan wartawan Arab agar bekerjasama dengan kesatuan media antarabangsa dan Arab bagi menyokong wartawan Lubnan berdepan
00:42serangan yang disifatkan sebagai disengajakan oleh Israel.
00:46Ia juga menggesa wartawan yang bertugas di lapangan di Lubnan supaya lebih berhati-hati mengelakkan kawasan berisiko tinggi dan berkoordinasi
00:56dengan tentera Lubnan serta pasukan keselamatan rasmi lain di kawasan yang terdedah kepada serangan Israel.
01:03Ini termasuk Unifil, Palang Merah Lubnan dan pasukan bantuan tempatan bagi mengelakkan sebarang risiko maut yang tidak dijangka.
01:12Kesatuan itu menyatakan tindakan Israel terhadap orang awam Lubnan khususnya wartawan telah melampaui semua batas dan menggesa kerajaan Lubnan mengambil
01:22tindakan segera di badan antarabangsa serta memfalkan kes undang-undang terhadap Israel.
01:28Menurut agensi berita rasmi NNA, semasa serangan pada Rabu, tentera Israel menghalang pasukan Palang Merah dan tentera Lubnan daripada menghampiri
01:40dua wartawan itu
01:41serta menyasarkan jalan yang menghubungkan Terry dan Hadata bagi menghalang pasukan penyelamat.
01:48Sejak 2 Mac, serangan Israel ke atas Lubnan telah meragut nyawa 2,475 orang, mencederakan 7,696 dan menyebabkan lebih
01:581.6 juta orang kehilangan tempat tinggal menurut angka rasmi.
02:03Genjatan senjata selama 10 hari yang diumumkan oleh AS pada 16 April dijangka tamat Ahad ini dan dilanggar setiap hari
02:12oleh Israel.
Comments

Recommended