00:00Tentera Laut Korp Pengawal Revolusi Islam IRGC mengesahkan setakat ini merampas sebuah kapal kontena di Selat Hormuz.
00:07Tindakan ini disifatkan sebagai reaksi terhadap dawaan berulang kali oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bahawa Iran tidak lagi mempunyai
00:16angkatan laut.
00:19Visual rampasan tersebut disiarkan beberapa media kerajaan pada Khamis.
00:24Penyiaran rakaman itu menyusul pengumuman awal oleh IRGC pada Rabu memaklumkan bahawa dua buah kapal itu ditahan kerana cuba melalui
00:32Selat tersebut tanpa kebenaran.
00:35Tentera Laut IRGC mengenalpasti kapal-kapal itu sebagai MSE Francesca dan Epami Nondes.
00:43IRGC mendakwa kedua-duanya telah menjejaskan keselamatan maritim kerana tidak memiliki permit yang diperlukan serta mengganggu sistem navigasi.
00:52Kedua-dua kapal tersebut dirampas dan diarahkan menuju ke pesisir pantai Iran.
00:59IRGC turut mendakwa bahawa MSE Francesca mempunyai kaitan dengan Israel.
01:04Dalam laporan berasingan timbalan Speaker Parlimen Iran Hamireza Haji Babai berkata hasil pendapatan pertama daripada kutipan tul Selat Hormuz telah
01:14dipindahkan ke dalam akaun Bank Pusat Iran.
01:16Iran memperketat kawalan ke atas Selat Hormuz selepas Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Februari.
01:26Amerika Syarikat turut mengenakan sekatan tentera laut terhadap kapal-kapal yang bergerak masuk dan keluar dari Iran selepas rundingan damai
01:34di Islamabad gagal mencapai persetujuan.
01:36Juan
01:40Juan
01:41Juan
Comments