00:00Perak akan mewujudkan dua jawatan kuasa khas bagi melaksanakan pelan mitigasi untuk menengani impak konflik Asia Barat yang telah mencetuskan
00:09krisis tenaga global.
00:11Menteri Besar Perak, Datuk Seri Sarani Mohamad berkata, dua jawatan kuasa itu ialah jawatan kuasa khas mitigasi impak krisis dan
00:19jawatan kuasa pemantauan impak krisis.
00:22Menurut beliau, peranan khusus kedua-dua jawatan kuasa itu akan diperincikan dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri dalam masa terdekat yang
00:31akan disusuli dengan pelaksanaan langkah-langkah mitigasi dan intervensi secara berfasa.
00:37Walaubagaimanapun, langkah-langkah yang akan diperhalusi akan mengambil kira tindakan intervensi yang sedang dan akan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan
00:48mengelakkan sebarang pertilihan atau ketirisan sumber
00:52di samping memastikan setiap usaha yang digerakkan benar-benar melengkapi dan memperkukuh pendekatan sedia ada.
01:00Fasa awal langkah mitigasi akan menumpukan kepada perkara yang paling asas iaitu menyentuh keperluan di dapur dan meja makan rakyat
01:11memastikan keperluan makanan rakyat terus terjamin khususnya bagi golongan yang paling terkesan dengan tekanan kos arah hidup ketika ini.
01:20Menurut sarani, fasa-fasa seterusnya akan menekankan komitmen kerajaan negeri untuk melaksanakan langkah mitigasi terhadap sektor-sektor strategik
01:30selain memastikan golongan seperti petani dan usahawan kecil dapat diupayakan sekiranya keadaan krisis tenaga bertambah buruk.
01:38Katanya, ikhtiar kerajaan juga tertumpu kepada memastikan bekalan makanan kekal stabil membantu sektor-sektor yang terkesan
01:46seperti pengangkutan, pertanian dan perikanan serta memperkukuh daya tahan ekonomi negeri dalam menghadapi ketidaktentuan global ini.
01:55Pada masa sama, kerajaan negeri akan melaksanakan penjajaran semula perbelanjaan bagi tahun 2026
02:01dengan memberi keutamaan kepada perkara-perkara yang benar-benar menyentuh keperluan rakyat dalam situasi semasa.
02:08Menurutnya, peruntukan-peruntukan yang kurang kritikal akan diteliti semula
02:13supaya sumber yang ada dapat dimanfaatkan secara lebih optimum bagi menyokong pelaksanaan langkah-langkah intervensi ini.
02:20Malah, sekiranya keadaan memerlukan, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mempertimbangkan pelaksanaan belanjawan tambahan
02:28bagi memperkukuh usaha mitigasi khususnya dalam melindungi kebajikan rakyat, menyokong sektor-sektor yang terjejas
02:35serta memastikan kesinambungan pertumbuhan ekonomi negeri terus terpelihara.
02:40Terima kasih telah menonton!
02:41Terima kasih telah menonton!
Comments