Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Menurut SC, dalam pasaran ekuiti Malaysia, jumlah permodalan pasaran menurun sedikit kepada RM2.06 trilion daripada RM2.08 trillion pada 2024 manakala permodalan pasaran penanda aras FBMKLCI meningkat kepada RM1.19 trilion daripada RM1.15 trillion pada 2024.
Transcript
00:00Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025 dan terus memainkan peranan asas dalam memudah cara pengumpulan modal bagi ekonomi
00:09domestik walaupun berdepan persekitaran global yang tidak menentu.
00:13Menurut Suruhan Jaya Sekuriti Malaysia SC, saiz pasaran modal meningkat kepada RM4.31 triliun pada 2025 berbanding RM4.17 triliun
00:24pada 2024.
00:28Dalam laporan tahunan 2025 yang dikeluarkan pada Rabu, SC memaklumkan penurunan kecil dalam permodelan pasaran ekuiti telah diimbangi peningkatan jumlah
00:38bond dan suku belum tebus.
00:40Menurut SC dalam pasaran ekuiti Malaysia, jumlah permodelan pasaran menurun sedikit kepada RM2.06 triliun ke daripada RM2.08 triliun
00:51pada 2024.
00:52Manakala permodelan pasaran penanda aras FBMKLCI meningkat kepada RM1.19 triliun daripada RM1.15 triliun pada 2024.
01:06Pasaran turut mencatat prestasi tawaran awam awal IPO yang kukuh pada 2025 dengan 60 IPO pada tahun tersebut berbanding 55
01:16pada 2024.
01:18Pasaran bond terus berkembang dengan jumlah bond dan suku terkumpul meningkat kepada RM2.25 triliun daripada RM2.10 triliun.
01:28Ia disokong terutamanya oleh penebusan bond kerajaan yang lebih rendah serta terbitan bond korporat yang lebih tinggi.
01:35Pasaran derivatif juga menunjukkan prestasi yang mantap pada 2025 mencatatkan jumlah rekod kedua berturut-turut sebanyak 23.30 juta kontrak
01:45diniagakan berbanding 22.75 juta pada tahun sebelumnya.
01:50Ekonomi Malaysia juga dijangka kekal berdaya tahan pada 2026 disokong permintaan domestik yang mampan khususnya penggunaan swasta dan pelaburan yang
01:59dipacu oleh keutamaan pembangunan negara seperti Belanjawan 2026 dan Rancangan Malaysia ke-13 RMK ke-13.
02:07Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended