00:00Seterusnya, pendapat rakyat Iran dilihat berbelah bahagi mengenai kemungkinan pusingan kedua rundingan dengan Amerika Syarikat.
00:08Sebagian penduduk menyuarakan penolakan mempersoalkan kepercayaan terhadap kepimpinan Amerika Syarikat.
00:17Seorang penduduk Tehran, Zainab Igali berpandangan bahawa Iran tidak perlu tunduk dan patuh terhadap apa-apa permintaan Amerika Syarikat dalam
00:27rundingan tersebut.
00:40Namun terdapat juga pandangan yang lebih terbuka terhadap diplomasi di mana seorang lagi penduduk Tehran, Mirzaeh, percaya rundingan mampu membawa
00:49hasil positif walaupun mungkin mengambil masa.
01:01Perbezaan pendapat ini muncul ketika Iran sedang menimbang secara positif untuk menghadiri rundingan damai dengan Amerika Syarikat di Pakistan.
01:11Langkah itu menyusuli usaha Pakistan untuk menamatkan sekatan laut Amerika ke atas pelabuhan Iran yang sebelum ini menjadi halangan utama
01:19kepada penyertaan semula Tehran dalam proses damai.
01:23Bagaimanapun, tiada keputusan muktamad telah dibuat setakat ini.
01:28Dengan tempoh gecata senjata dua minggu yang semakin hampir waktu tamat,
01:33pemerhati melihat reaksi awam yang berbeza-beza ini mencerminkan dilema besar Iran antara meneruskan tekanan atau membuka ruang rundingan bagi
01:42meredakan ketegangan dengan Washington.
Comments