Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Agensi Polis Metropolitan Seoul menyatakan bahawa pengerusi agensi K-pop HYBE, Bang Si-hyuk disyaki melanggar undang-undang pasaran modal dengan mengelirukan pelabur awal sebelum penyenaraian HYBE dan mengarahkan mereka menjual saham kepada sebuah dana ekuiti swasta yang berkait dengan sekutunya.
Transcript
00:00Polis Korea Selatan memohon waran tangkap terhadap pengurusi agensi K-pop Hype, Bang Si Hyuk, berhubung dakwaan urus niaga haram
00:08yang berkaitan dengan penyenaraian awam permulaan IPO syarikat tersebut.
00:12Agensi polis Metropolitan Seoul menyatakan Si Hyuk disyaki melanggar undang-undang pasaran modal dengan mengelirukan pelabur awal sebelum penyenaraian Hype.
00:23Si Hyuk antara lain mengarahkan mereka menjual saham kepada sebuah dana ikuti swasta yang berkait dengan sekutunya.
00:32Polis mendakwa selepas Hype disenaraikan, dana tersebut menjual pegangannya dan Si Hyuk menerima kira-kira 30% daripada keuntungan di
00:42bawah perjadian pemegang saham terdahulu dengan memperoleh sekitar RM190 bilion bersamaan RM510 juta sebagai keuntungan haram.
01:00Si Hyuk yang merupakan pengasas Hype syarikat muzik yang menaungi kumpulan K-pop terkenal dunia BTS sebelum ini menafikan sebarang
01:09salah laku dan Hype tidak memberikan sebarang komen apabila dihubungi agensi berita Reuters.
Comments

Recommended