00:00Konflik berterusan di Asia Barat kini mula memberi kesan secara langsung kepada rakyat Malaysia, terutamanya melalui peningkatan kos pengangkutan, logistik
00:10serta harga barangan harian.
00:12Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mahmud Nasir berkata, kesan krisis global itu tidak lagi terhad kepada pasaran antarabangsa, sebaliknya mula meresap
00:20ke peringkat domestik dan memberikan tekanan kepada kos seri hidup rakyat.
00:28Akmal Nasrullah berkata, data terkini menunjukkan inflasi meningkat kepada 1.7% pada Mac 2026, dipacu terutamanya oleh kenaikan kos
00:38pengangkutan serta harga bahan api.
00:40Apa yang sedang kita hadapi sekarang bukan lagi kejutan jangka pendek. Ini bukan sekadar isu harga minyak, tetapi telah berkembang
00:50menjadi krisis bekalan global
00:53yang memberi kesan kepada kos tenaga, logistik, bahan mentah, makanan, perkhidmatan dan akhirnya kepada kehidupan harian rakyat.
01:05Dalam erti kata lain, kita kini berada pada fasa pengurusan tekanan yang berpanjangan, bukan lagi semata-mata fasa pengurusan kejutan
01:16awal.
01:17Di peringkat uncit, Akmal berkata harga barangan keperluan menunjukkan pergerakan bercampur dengan harga ayam dan beberapa jenis sayur mencatat kenaikan,
01:26manakala daging lembu dan ikan kembung menunjukkan penurunan.
01:30Menurut beliau, keadaan itu menunjukkan tekanan kos tidak berlaku secara menyeluruh, sebaliknya dipengaruhi faktor seperti kos input, cuaca dan pengangkutan.
01:40Walaupun kos semakin meningkat, Akmal berkata asas ekonomi negara masih kukuh dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK dijangka mencecah
01:495.3% bagi suku pertama 2026.
01:53Namun beliau menegaskan situasi itu tidak bermakna risiko telah reda dan keadaan masih perlu dipantau rapi.
Comments