Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Segala persiapan dan latihan atlet Selangor diteruskan sementara menunggu keputusan muktamad berhubung penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang dijadualkan Ogos ini.
Transcript
00:00Segala persiapan dan latihan atlet Selangor diteruskan sementara menunggu keputusan muktamad berhubung penganjuran Sukan Malaysia Sukma Selangor 2026 yang dijadualkan
00:10Ogos ini.
00:11Exko Belia Sukan dan Keusahawanan Selangor Muhammad Najuan Halimi berkata, Majlis Sukan Negeri MSN Selangor diminta meneruskan usaha pembangunan atlet
00:20serta program latihan.
00:24Menurut Muhammad Najuan, semua pandangan yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun Selangor dalam sidang DUN, akan dibawa ke mesyuarat
00:33jawatan kuasa tertinggi Sukma Selangor 2026.
00:36Sehubungan itu, Muhammad Najuan dan Dr. Muhammad Taufid dicangka mengadap Sultan Selangor iaitu Sultan Syarafuddin Idris Shah bagi mempersembahkan dapatan
00:45mesyuarat berkenaan.
00:46Pada masa yang sama, kerajaan negeri turut mengharapkan suntikan dana daripada Kementerian Belia dan Sukan bagi menampung kos penganjuran seperti
00:55yang diterima negeri-negeri penganjur sebelum ini.
00:57Pada Isnin, Sultan Syarafuddin bertitah, penganjuran Sukma Selangor 2026 wajar ditangguhkan sehingga krisis di Asia Barat selesai dan pembangunan semula
01:08Stadium Shah Alam siap sepenuhnya.
01:10Sukma Selangor 2026 dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos ini.
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended