00:00Thailand sedang mengalami cuaca panas melampau yang berpanjangan dengan suhu di sesetengah kawasan, dijangka mencecah 42 hingga 43 darjah Celsius,
00:10sekaligus meningkatkan risiko strok haba.
00:13Timbalan Jurucakap Kerajaan Lalida Pers Vivatana berkata cuaca panas yang bermula sejak penghujung Februari itu, dijangka berterusan hingga pertengahan Mei
00:22dengan suhu di seluruh negara terus meningkat sepanjang April.
00:29Dalam satu kenyataan pada Selasa, beliau berkata indeks haba di kawasan tertentu boleh mencecah sehingga 60 darjah Celsius, sekaligus menimbulkan
00:38risiko serius terhadap kesihatan awam.
00:41Ujarnya individu yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada seperti tekanan darah tinggi dan diabetes perlu mengambil langkah berjaga-jaga tambahan
00:50ketika cuaca panas.
00:52Lalida turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pendedahan berpanjangan kepada cahaya matahari secara langsung, memastikan pengambilan air mencukupi dan memantau
01:03keadaan kesihatan masing-masing dengan teliti.
01:05Tambahnya, mereka yang mengalami gejala seperti suhu badan tinggi, kulit kemerahan, tidak berpeluh, pening, loya, muntah, degupan jantung laju, kekeliruan,
01:18keletihan atau tidak sedarkan diri, perlu segera mendapatkan rawatan perubatan atau menghubungi Thailand Kecemasan 1669.
01:27Data daripada Sistem Digital Disease Surveillance atau DDS milik Jabatan Kawalan Penyakit menunjukkan sebanyak 182 kes penyakit berangkatan haba direkodkan
01:38pada 2025 dengan 59.3% melibatkan lelaki.
01:43Jumlah kes tertinggi dicatatkan dalam kalangan individu berumur 15 hingga 34 tahun iaitu 78 kes diikuti 29 kes dalam kalangan
01:53mereka berumur 60 tahun ke atas.
01:55Kira-kira 53.3% daripada mereka yang tercejas ialah pekerja di lapangan dengan keadaan lazim termasuk keletihan akibat haba,
02:04pitam, kekejangan dan strok haba.
Comments