Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Beliau menambah, sebanyak 288 penerbangan dari Asia Barat ke Malaysia dibatalkan dalam tempoh sebulan susulan krisis global, melibatkan lebih 88,000 tempat duduk penerbangan.
Transcript
00:00Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 hingga Tahun 2027
00:07bagi memperkukuh sektor pelancongan negara dalam berdepan krisis global yang masih berlarutan.
00:13Menteri Ekonomi Akmal Dasrullah Mahmoud Nasi berkata sektor pelancongan bukan sekadar menarik pelawat,
00:19sebaliknya penting untuk menjana pendapatan tukaran asing dan membantu mengimbangi tekanan ekonomi luaran.
00:28Beliau menambah sebanyak 288 penerbangan dari Asia Barat ke Malaysia dibatalkan dalam tempoh sebulan,
00:35susulan krisis global melibatkan lebih 88,000 tempat duduk penerbangan.
00:40Bagaimanapun segmen berkenaan hanya menyumbang kurang 1% ketibaan pelancong ke negara ini.
00:46Sebaliknya, tumpuan kini diberikan kepada pasaran yang lebih stabil seperti Cina
00:51dengan ketibaan pelawat mencecah 4.7 juta orang tahun lalu, peningkatan lebih 25% berbanding tahun sebelumnya.
01:00Untuk itu, M10 telah bersetuju terhadap beberapa langkah pengukuhan bagi memastikan
01:05daya tahan sektor ini terus terpelihara.
01:09Antaranya adalah penyasaran semula pasaran yang lebih stabil
01:14seperti dari ASEAN dan Asia Timur, yakni China, Jepun dan Korea, kemudiannya Australia dan India
01:23adalah langkah untuk mengekalkan aliran pelawat dan pendapatan kepada negara.
01:30Seterusnya, kempen melawat Malaysia 2026 dilanjutkan sehingga tahun 2027
01:37bagi memberi ruang kepada pasaran pelancongan antarabangsa
01:41untuk pulih dan sasaran kita 47 juta pelawat asing
01:46dan RM329 bilion pendapatan pelancongan ini dapat kita usaha yang sebaik mungkin.
01:53Naratifnya adalah untuk kita bawa keyakinan kepada negara kita.
02:00Akmal Nasrullah berkata kerajaan akan mempergiat promosi negara
02:04sebagai destinasi stabil, mudah diakses dan mempunyai bekalan tenaga
02:08serta sistem pengangkutan yang tidak terganggu.
Comments

Recommended