00:00Indonesia memulakan ujian dunia sebenar bagi bahan api biodiesel B50 sebagai langkah penting ke arah meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui
00:10dalam sektor pengangkutan negara itu.
00:13Pegawai Kementerian Tenaga Indonesia berkata, negara berkenaan telah menggunakan sebanyak 3.9 juta kiloliter biodiesel berasaskan sawit setakat 13 April
00:23tahun ini di bawah mandat campuran B40.
00:29Kerajaan kini bersedia untuk meningkatkan kadar campuran kepada B50 iaitu gabungan 50% biodiesel berasaskan minyak sawit dan 50%
00:39diesel konvensional yang disasarkan bermula 1 Julai berbanding 40% ketika ini.
00:45Langkah itu merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada import bahan api yang mahal selain mengurangkan risiko gangguan
00:53bekalan akibat konflik di Asia Barat.
00:55Ujian tersebut diteruskan ketika pegawai kanan Kementerian Tenaga, Enia Listriani Dewi mengisi bahan api B50 ke dalam sebuah bas di
01:04fasiliti kementerian di Lembang, wilayah Jawa Barat.
01:07Beliau berkata, sasaran kerajaan adalah untuk membawa B50 ke pasaran menjelang 1 Julai.
01:13Dalam sesi tersebut, pegawai turut menunjukkan sampel B50 kepada media sambil menerangkan kaedah pengukuran kandungan air yang merupakan faktor penting
01:21dalam prestasi bahan api.
01:23Ketua Pasukan Ujian, Cahyo Setio Wibowo menjelaskan bahawa B50 memerlukan pihawai yang kualiti yang lebih ketat berbanding campuran sedia ada.
01:33Pelbagai jenis kenderaan termasuk bas, lori dan SUV turut digunakan dalam ujian ketahanan melalui laluan berliku serta berbukit.
01:40Kebanyakan pemandu menyatakan kesediaan untuk menggunakan B50 kerana kelebihannya berbanding B40 selain berharap harga bahan api itu kekal mampu milik
01:50selepas diperkenalkan secara meluas di seluruh negara.
01:54Terima kasih melalui.
01:58Terima kasih kerana menonton!
Comments