00:00Puluhan kapal Global Sumut Fotila 2.0 bertindak menghalang kapal kargo Mediterranean Shipping Company MSC Maya di perairan antarabangsa ketika
00:11dalam perjalanan menuju pelabuhan Ashdod dan Haifa di Israel.
00:16Menurut Global Sumut Fotila, kapal tersebut dipercayai membawa bahan logam yang menyokong pembuatan persenjataan tentera Israel untuk menindas rakyat Palestine.
00:29Menerusi kenyataan disiakan pada 20 April, GSF memaklumkan tindakan itu merupakan kali pertama dalam sejarah sebuah flotila awam mengganggu aliran
00:39maritim yang dikaitkan dengan pembekalan senjata kepada rejim Zionis.
00:43GSF menegaskan Laut Mediterranean sekian lama menjadi laluan utama penghantaran persenjataan sedangkan bantuan kemanusiaan yang boleh menyelamatkan nyawa sering dihalang
00:54secara ganas dan tidak sah.
00:56Tambahnya tindakan tersebut berakar daripada tradisi global gerakan boykot, pelupusan dan sekatan BDS.
01:03Gerakan itu bertujuan menggerakkan tekanan ekonomi serta tenaga buruh secara tersusun bagi menamatkan penglibatan dalam pelanggaran hak rakyat Palestine.
01:12Pada 12 April lalu, GSF 2.0 memulakan pelayaran melibatkan 39 buah kapal dari pelabuhan Catalonia di Spanyol menuju ke
01:22Gaza.
01:23Flotila berkenaan kini berada berhampiran perairan Sicily dan dijadwalkan singgah di Catania, Itali sebelum meneruskan perjalanan ke Gaza.
01:31Sementara itu, puluhan aktivis pro-Palestin dari Malaysia melibatkan pempengaruh, kru kapal dan pengamal perubatan turut terlibat dalam misi kali
01:40ini.
Comments