Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Amirudin berkata kerajaan negeri akan meningkatkan komunikasi dengan masyarakat supaya mereka faham krisis tenaga ini akan memberikan kesan pendek dan panjang kepada negeri, khususnya dari segi kutipan hasil.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Selangor akan mempelbagaikan usaha bagi memastikan kesan krisis tenaga global dapat ditangani secara berkesan demi kesejahteraan rakyat seiring
00:09dengan perkembangan semasa.
00:11Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Syari berkata, untuk itu kerajaan negeri akan menumpukan beberapa aspek ekonomi dan sosial, khususnya
00:19bagi membantu rakyat serta industri menghadapi krisis tenaga global dalam tempoh enam bulan hingga satu tahun akan datang.
00:28Amiruddin berkata, aspek pertama adalah untuk menanggani kesan-kesan peningkatan harga barang, kos hari hidup, seterusnya membantu serta menyerap tekanan
00:37kepada kumpulan rentan.
00:39Aspek kedua ialah membantu mempertahankan industri dan kegiatan ekonomi yang mungkin terkesan secara langsung dan tidak langsung akibat daripada krisis
00:47itu.
00:48Ketiga, meneroka pelang-pelang baharu supaya kerajaan negeri mempunyai daya tahan pada masa hadapan.
00:54Bagi aspek keempat, Amiruddin berkata, kerajaan negeri akan meningkatkan komunikasi dengan masyarakat supaya mereka faham krisis tenaga ini akan memberikan
01:03kesan pendek dan panjang kepada negeri, khususnya dari segi kutipan hasil.
01:08Kerajaan Selangor juga menjangkakan berlaku pengurangan sekitar RM100 juta hasil negeri yang dicatatkan tahun ini daripada tempoh yang sama pada
01:17tahun 2025.
01:18Beliau berkata, impak krisis tenaga global yang berlaku ketika ini belum mencapai tahap kritikal atau titik panas yang sebenar.
Comments

Recommended