Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Pasaran saham KOSPI di Korea Selatan mencatat sejarah baharu apabila melonjak lebih 2 peratus ke paras tertinggi sepanjang masa pada Selasa, didorong prestasi kukuh sektor semikonduktor serta sentimen pelabur yang semakin positif.
Transcript
00:00Pasaran saham Kospi di Korea Selatan mencatat sejarah baharu apabila meloncat lebih 2% ke paras tertinggi sepanjang masa pada
00:08Selasa, didorong prestasi kukuh sektor semikonduktor serta sentimen pelabur yang semakin positif.
00:15Indeks penanda aras itu meningkat sehingga 2.3% pada dagangan pagi sekaligus melepasi rekod dicatat pada Februari lalu, sehari
00:24sebelum tercetusnya konflik melibatkan Iran.
00:30Kenaikan ini dipacu syarikat pengeluar cip utama seperti SK Hynix yang melonjak sehingga 5.2% ke paras tertinggi selain
00:38Samsung Electronics yang meningkat sekitar 2.6% sekaligus mengetuai pengukuhan indeks.
00:46Data perdagangan terkini turut menyokong momentum tersebut apabila ekspor Korea Selatan meningkat 49.4% dalam tempoh 20 hari pertama
00:55bulan ini berbanding tahun lalu.
00:58Lonjakan itu sebahagian besarnya didorong peningkatan mendadak jualan semikonduktor yang melonjak sehingga 182.5%.
01:07Perkembangan positif ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap prestasi syarikat menjelang musim laporan kewangan sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Korea Selatan sebagai
01:17pemain utama dalam industri teknologi global.
01:25Terima kasih telah menonton!
01:26Terima kasih telah menonton!
01:28Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended