00:00Kita bertemu kembali. Niaga Awani dimulakan dengan laporan berikut.
00:03Kerajaan beri jaminan tidak akan melakukan sebarang perubahan dasar mengenai jaminan subsidi bahan api secara mengejut
00:09meskipun krisis geopolitik di Asia Barat terus memberi tekanan kepada pasaran tenaga global.
00:16Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan,
00:19pendekatan yang diambil kerajaan adalah berlandaskan kepada penelitian data yang menyeluruh
00:24dan bukannya keputusan dibuat secara terburu-buru.
00:30Fadillah berkata, kerajaan sedar kancabaran konflik di Asia Barat yang mungkin berlarutan bagi tempoh satu hingga dua tahun.
00:37Namun, setiap langkah diambil akan mengutamakan perlindungan kepada majoriti rakyat.
00:43Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata,
00:47meskipun krisis tenaga global merupakan gangguan terbesar dalam sejarah dunia,
00:51kerajaan tetap komited untuk mengekalkan bantuan kepada rakyat.
00:55Katanya, kos subsidi bulanan kini meningkat mendadak kepada sekitar RM6 bilion hingga RM7 bilion sebulan.
01:04Namun, kerajaan tidak akan membiarkan perubahan itu menerjaskan perancangan pembangunan ekonomi negara.
01:11Dasar subsidi sedia ada, termasuk Petro Run 95 dan diesel di Sabah dan Sarawak,
01:16akan terus dikekalkan mengikut keperluan data semasa bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan kos hari hidup secara mendadak.
01:24Fadilah berkata, kerajaan melalui jawatan kuasa Majlis Tindakan Ekonomi Negara, MTEN,
01:31sentiasa mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuk pemain industri
01:36bagi merangka strategi yang seimbang sebelum menyusun dasar.
01:40Mengenai noktah konflik berkenaan, Fadilah berkata,
01:43kerajaan kini sedang mempersiapkan negara dan rakyat dengan senario terburuk sekiranya krisis berlarutan hingga tiga tahun.
01:52Gangguan rantaian bekalan minyak global sesulan penutupan selat hormos sejak awal Mac turut memberi impak kepada Malaysia,
02:00memandangkan laluan itu mengendalikan kira-kira 25% bekalan tenaga dunia.
02:06Belah berkata demikian dalam temubual bersama bernama Radio Pada Selasa.
Comments