Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
Presiden AS Donald Trump berkata gencatan senjata dua minggu berkemungkinan tidak dilanjutkan. AS menghantar delegasi diketuai JD Vance ke Pakistan untuk rundingan dengan Iran ketika ketegangan dan penutupan Selat Hormuz berterusan.
Transcript
00:00Presiden Donald Trump memaklumkan adalah amat mustahil untuk beliau melanjutkan genjatan senjata dua minggu dengan Iran yang akan tamat pada
00:07Rabu ini waktu Amerika Syarikat.
00:09Dalam tunggu bual dengan Bloomberg News, Trump berkata jika genjatan senjata itu berakhir tanpa perjanjian damai, maka banyak bom akan
00:17mula meletup.
00:20Ditanya sama ada Iran akan menghadiri rundingan yang sepatutnya diadakan di Islamabad, Pakistan.
00:26selepas perang bermula pada 28 Februari lalu, Trump berkata beliau tidak tahu mengenainya.
00:32Katanya Amerika Syarikat bersetuju untuk berada di Pakistan bagi tujuan rundingan.
00:37Di sebalik ketidakpastian mengenai rundingan itu, keselamatan di Islamabad telah diperketat dengan penutupan jalan dan sekatan trafik di seluruh ibu
00:46negara Pakistan itu.
00:47White House berkata naik Presiden Jerry Vance akan mengetuai delegasi tersebut.
00:52selepas Trump menyatakan bahawa beliau tidak akan hadir atas alasan keselamatan.
00:57Sebelum ini pada ahad, Trump mengumumkan beliau akan menghantar perunding ke Islamabad untuk mesyuarat dengan Teheran mengenai usaha menamatkan konflik
01:05yang telah berlarutan di Asia Barat.
01:07Ketika genjatan senjata dijangka tamat tidak lama lagi.
01:11Vance, utusan khas Tiffikov dan menantu Trump, Jared Kushner, akan menghadiri rundingan itu, kata seorang pegawai White House sebelum ini.
01:18Ketiga-tiga mereka juga hadir dalam pusingan rundingan pada 11 dan 12 April lalu.
01:23Trump sebelum itu menuduh Iran melakukan pelanggaran sepenuhnya terhadap genjatan senjata dua minggu antara kedua-dua negara berikutan serangan pada
01:31Sabtu di Selat Hormuz
01:32dan mengugut untuk memusnahkan lojek kuasa serta jambatan Iran jika tiada perjanjian dicapai.
01:38Selat Hormuz kekal ditutup pada ahad ketika ketegangan berterusan.
01:42Iran pada Sabtu mengistiharkan laluan itu ditutup semula kepada kapal sehari selepas berkata ia akan membuka semula laluan strategik tersebut.
Comments

Recommended