Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan mengambil pendekatan ‘pukul borong’ dalam isu penggantian kad pengenalan diri mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Dalam Negeri tidak akan mengambil pendekatan pukul borong dalam isu penggantian dokumen pengenalan diri mangsa kebakaran di Kampung Bahagia
00:07Sandakan, Sabah.
00:09Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata KDN akan meneliti setiap kes secara individu dan ia penting agar dokumen itu
00:16tidak diberikan sewenang-wenangnya kepada mereka yang tidak layak.
00:20Ayat yang lebih tepat adalah KDN akan membantu sedaya upaya kami terutama bagi mereka yang betul-betul mempunyai status warga
00:29negara.
00:29Kalau insiden seperti itu berlaku menyebabkan dokumen itu hilang kami akan fasilitif mengadakan dokumen ganti.
00:36Tapi itu bukan bermakna bahawa kita akan pukul borong saja semua mangsa layak untuk tidak. Kita akan tangani satu-satu.
00:44Dalam kejadian ahad lalu, kira-kira 9,000 penduduk terjejas apabila lebih seribu buah rumah musnah dalam kebakaran di penempatan
00:52atas air Kampung Bahagia Sandakan.
00:55Menurut Ketua Kampung Bahagia, Syarif Hashim Syarif Titing, kebakaran itu merupakan kejadian ketiga selepas 1994 dan 2001.
Comments

Recommended