Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Jabatan Imigresen (JIM) menahan seorang lelaki dan dua wanita warganegara China disyaki memiliki pas lawatan sosial palsu untuk digunakan sebagai dokumen sokongan mendapatkan kemudahan visa masuk ke Amerika Syarikat (AS).
Transcript
00:00Jabatan Imigresen Jim menahan seorang lelaki dan dua wanita warga negara China disyakim memiliki pas lawatan sosial palsu untuk digunakan
00:10sebagai dokumen sokongan mendapatkan kemudahan visa masuk ke Amerika Syarikat.
00:15Ketua Pengarah Jim, Dato' Zakaria Syakban berkata, hasil maklumat risikan ketiga-tiga mereka yang berumur 25 hingga 54 tahun itu
00:25ditahan di sekitar ibu negara oleh sepasukan pegawai bahagian penguatkuasaan pada 11.25 pagi semalam.
00:33Beliau berkata pihaknya turut menyita tiga keping pasport yang terdapat pelekat pas lawatan sosial program Malaysia My Second Home yang
00:42disyaki palsu.
00:43Jelasnya, pas jangka panjang itu disyaki cuba digunakan untuk mengaburi pihak kelutaan dan memudahkan tapisan permohonan visa.
00:52Zakaria berkata, suspek ditahan di depo imigresen Putrajaya dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959, Palang 63, Akta Pasport
01:031966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
01:07Beliau berkata, tangkapan itu merupakan tindakan susulan selepas Jim membongkar sindikin membekalkan pebakai pas jangka panjang palsu dengan harga sehingga
01:18RM10,000 sekeping untuk dijadikan sokongan bagi tujuan permohonan visa ke Amerika Syarikat pada Oktober tahun lepas.
01:26Sementara itu, 11 lagi warga negara China ditahan kerana disyaki menyalahgunakan pas lawatan sosial dan pas pengajian di Lembah Kelang
01:35pada selasa lepas.
01:36Zakaria berkata, 5 daripada mereka ditahan di 4 premis runcit dan restoran di sekitar Dengkil, Selangor,
01:44sementara 6 lagi wanita yang bekerja sebagai tukang urut ditahan di sekitar kepung.
01:49Kesemua wanita ini juga disyaki menyediakan perkhidmatan tidak bermoral dengan bayaran RM100 hingga RM300 bagi setiap sesi.
Comments

Recommended