00:00Kita kini berada dalam satu fasa yang mencabar dalam landscape ekonomi global.
00:07Krisis tenaga global yang sedang berlaku, susulan konflik di Asia Barat,
00:11telah memberi kesan langsung kepada bekalan dan harga tenaga di seluruh dunia.
00:17Gangguan terhadap laluan strategik seperti selat humus yang menjadi nadi kepada aliran minyak global
00:24telah meningkatkan ketidaktentuan pasaran serta menekan harga minyak ke paras yang tinggi.
00:31Sebagai sebuah ekonomi terbuka, Malaysia tidak terkecuali daripada tempias ini.
00:37Namun, penting untuk ditegaskan bahawa negara kita berada dalam keadaan terkawal,
00:43bersedia dan mengambil langkah proaktif untuk mengurus kesan krisis ini.
00:49Namun, kita harus berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya krisis ini berlarutan.
00:57Kerajaan memahami kebimbangan rakyat.
01:00Justru, pendekatan kita adalah jelas, tersusun dan berfokus kepada beberapa keutamaan.
01:08Keutamaan kerajaan yang pertama menjamin bekalan.
01:13Bekalan petrolium negara kekal mencukupi dan stabil.
01:17Kerajaan bersama Petronas serta syarikat industri memantau rantaian bekalan setiap hari.
01:25Pelan kontingensi juga telah disediakan bagi memastikan kelansungan bekalan dalam apa jua keadaan.
01:33Termasuk mendapatkan bekalan daripada pasaran alternatif sekiranya gangguan berpanjangan berlaku.
01:40Hasil daripada penyelarasan ini, bekalan petrolium negara kekal mencukupi dan stabil.
01:48Rantaian bekalan dipantau secara harian dan pelan kontingensi sentiasa bersedia serta dikemas kini.
01:55Pada masa yang sama, kerajaan komited untuk melindungi rakyat.
02:01Harga RON95 bersubsidi dikekalkan pada RM1.99 seliter.
02:09Manakala penyelarasan harga bahan api tidak bersubsidi dilakukan secara terkawal dan berperingkat.
02:17Pendekatan bersasar, mastikan rakyat terus dilunuhi.
02:23Kedua, pertemuan berterusan dengan pemain industri.
02:28Kerajaan mengadakan sesi libat urus secara konsisten dengan pemegang taruh dari pelbagai sektor.
02:35Ini membolehkan kerajaan dapatkan maklum balas secara masa nyata
02:40serta menyelaras didakan dengan pantas bagi memastikan kestabilan bekalan dan pasaran kekal terpelihara.
02:49Ketiga, memendung kenaikan harga.
02:53Walaupun harga minyak global meningkat, kerajaan mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter.
03:04Bagi diesel, pelindungan terus diberikan melalui SKPS kepada sektor logistik pada harga RM2.05 seliter.
03:15Manakala bagi SKDS, RM1.88 seliter untuk pengangkutan awam dan RM2.15 seliter untuk pengangkutan darat barangan.
03:28Bantuan tunai bulanan sebanyak RM300 budi diesel juga diberikan kepada pemandu kenderaan diesel yang layak.
03:39Selain itu, sektor yang bergantung kepada penggunaan bahan api untuk kelansungan pendapatan
03:46seperti nelayan dan agri-commodity juga menerima bantuan diesel.
03:51Kerajaan juga mengekalkan had budi RM95 sebanyak RM800 sebulan untuk pemandu e-hailing
03:59bagi memastikan kos operasi mereka kekal terkawal dan tidak dipindahkan secara langsung kepada pengguna.
04:08Pelarasan harga bahan api tidak bersubsidi dilaksanakan secara terkawal
04:13bagi mencerminkan realiti pasaran global tanpa menjejaskan kesejahteraan rakyat.
04:21Kerajaan juga terus memantau kesan pada kos sehari hidup.
04:26Bekalan makanan asas kekal mencukupi.
04:29Pemantauan harga dilaksanakan setiap hari di seluruh negara
04:33dan tindakan tegas diambil terhadap kenaikan harga yang tidak munasabah.
04:40Pendekatan kerajaan adalah jelas
04:43iaitu melindungi rakyat tanpa menjejaskan kestabilan jangka panjang ekonomi negara.
04:50Keempat, langkah penjimatan tenaga nasional
04:55Sebagai langkah proaktif dalam menghadapi krisis tenaga global
05:00kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah penjimatan tenaga di peringkat nasional.
05:06Pertama, pelaksanaan bekerja dari rumah ataupun BDR bagi sektor awam
05:13akan dimulakan secara berperingkat bermula 15 April
05:17bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan kesesakan mobiliti harian.
05:23Kedua, kawalan penggunaan tenaga di bangunan kerajaan akan diperketatkan.
05:29Suhu penghawa dingin ditetapkan pada minimum 24 darjah Celsius
05:34dan penjawat awam digalakkan memakai pakaian yang lebih sesuai dengan iklim tempatan
05:41seperti batik, kemeja korporat atau baju Melayu
05:45bagi mengurangkan kebergantungan kepada penyejukkan berlebihan.
05:51Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan
05:54untuk memimpin melalui teladan dalam penggunaan tenaga secara behemah.
06:01Kelima, memastikan rakyat sentiasa dimaklumkan.
06:04Kerajaan komitmen untuk terus memberikan kemas kini secara bekala dan telus.
06:11Rakyat berhak mengetahui langkah yang diambil
06:14dan kerajaan akan terus berkomunikasi dengan jelas
06:18tanpa menimbulkan kebimbangan yang tidak perlu.
06:22Saya juga ingin menegaskan
06:24selaras dengan mesej yang amat berhormat Perdana Menteri semalam
06:27agar semua pihak tidak menyebarkan
06:30atau berkongsi maklumat yang tidak sahih
06:33yang boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
06:38Sedara dan sedari,
06:40krisis ini memerlukan usaha bersama seluruh negara.
06:45Kerajaan akan terus memastikan
06:47bekalan terjamin,
06:49bekerjasama rapat dengan industri
06:51dan membendung tekanan kenaikan harga sedaya upaya.
06:56Namun,
06:58kejayaan kita dalam mengharungi krisis ini
07:01juga bergantung kepada peranan semua pihak.
07:04Saya menyeru kepada rakyat dan komuniti perniagaan
07:08untuk bersama kerajaan
07:10dalam menggunakan tenaga secara behemah,
07:14mengelakkan pembaziran
07:15dan memastikan setiap penggunaan
07:18adalah perlu dan efisien.
07:22Dalam menghadapi cabaran global seperti ini,
07:24kekuatan kita terletak pada disiplin,
07:28kerjasama dan keyakinan bersama.
07:32Dengan usaha bersama,
07:33insyaAllah Malaysia akan terus kekal stabil
07:37dan berdaya tahan.
07:39Terima kasih.
07:42Terima kasih.
07:43Sampai jumpa di video selanjutnya.
07:43Terima kasih.
07:45Sampai jumpa di video selanjutnya.
Comments