00:00Dua pegawai tertinggi Jabatan Alam Sekitar JAS mengaku tidak bersalah di Mahkamah Stesen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima rasuah berkaitan
00:08siasatan pengurusan sisa elektronik e-waste.
00:11Ketua Pengarah JAS Datuk Wan Abdul Latif Wan Jaafar dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan dan Operasi Nur Hazni Mat Sari
00:19membuat pengakuan itu di dua bilik mahkamah berasingan di hadapan Hakim Suzana Husin dan Hakim Azura Alwi.
00:30Wan Abdul Latif didakwa menerima wang tunai berjumlah RM100,000 sebagai upah mempertimbangkan rayuan pengecualian penyediaan laporan EA bagi permohonan
00:39kebenaran merancang projek cadangan membina jalan berkembar, bukit kukus serta kerja tanah mitigasi di atas tanah kerajaan.
00:48Kesalahan itu didakwa berlaku pada 15 Januari lalu dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16-A-B Akta Suranjaya Perjagaan Rasuah
00:57Malaysia SPRM 2009.
01:00Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada 5 kali ganda nilai suapan atau
01:08RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
01:11Hakim Suzana membenarkan jaminan sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin serta arahan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai.
01:21Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Mei depan.
01:24Nur Hazni pula berdepan 6 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM21,000 daripada seorang pengarah syarikat yang mempunyai hubungan dengan
01:32kerja rasmi antara 18 April 2022 hingga 19 Julai 2024.
01:39Kesemua pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 165 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya
01:49sekali.
01:49Hakim Azura membenarkan jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin serta arahan menyerahkan pasport sehingga perbicaraan selesai.
01:59Sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Mei depan.
Comments